13 April 2017 (Khamis)
6.40 am :
Historical Water Wheel & Lighthouse Cape Leuwin √
Parking : Free
Lighthouse fees : $8
|Historical Water Wheel & Cape Leuwin Lighthouse, Ausgusta|
● Menuju ke Augusta, selatan Perth. Drive 4 jam pergi, 4 jam balik. Penat. Tapi, ia sungguh berbaloi bagi yang suka melihat keindahan alam semulajadi ketika memandu jauh. Di sepanjang perjalanan terdapat hamparan ladang-ladang kuda, kambing, lembu, lembu susu, kangaroo liar, dan tumbuhan-tumbuhan liar yang cantik. Setibanya di lighthouse, di sini akan diberi alat audio untuk kita dengar keterangan/ sejarah tentang Cape Leuwin Lighthouse sambil berjalan-jalan di sekitar lighthouse. (Tak dapat fokus, sebab sibuk bergambar dan menikmati view).😇 Di Historical Water Wheel pula, terletak berhampiran dengan lighthouse. Sangat cantik, sejuk, angin kuat. Kami tidak turun ke batu-batu hampiri ke laut, atas langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri dan kereta sebab banyak barang dalam kereta. (Balik Malaysia baru nyesal tak turun kat batu-batu tu. Ya, memang sesal kemudian tiada gunanya. haha)
12.30 pm :
Bunbury Wildlife Park √
● 2 jam drive naik semula ke utara untuk misi kegemaran di Bunbury. 'Meet the kangaroos!' Tempat tarikan utama pengunjung untuk melihat kangaroo biasanya adalah di Caversham, Swan Valley, $28 fees, dan lebih banyak aktiviti disediakan di situ. Tapi, pertukaran saat akhir, kami memilih BWP adalah kerana bajet dan perancangan masa yang terhad untuk ke tempat-tempat lain. Ada juga spesis-spesis binatang lain, tapi kami lebih setia untuk menghabiskan masa dengan kangaroo ya. Sekian. 😍
|Bunbury Wildlife Park|
Sila rujuk : http://www.bunburywildlifepark.com.au
Parking : Free
Adults fees : $9.8
Animal feeds : $1
● Masa ini dah petang. Jadi, tak sempat hendak berjalan-jalan di Big Swamp Parkland yang terletak di kawasan tersebut. 😅
3.30 pm :
● 2 jam drive ke Kailis Fish Market Cafe, terletak di Fremantle. Menikmati hidangan 'Fish and Chip', $17 Kongsi berdua.
● Singgah ke Coles supermarket, Kardinya.


No comments:
Post a Comment