Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.

Saturday, 22 April 2017

Hilang ke Perth (5 hari 4 malam) - Hari 1

Assalamualaikum.

Sebagaimana angan-angan 2 tahun lalu, akhirnya telah menjadi realiti, walaupun rezeki dalam masa yang terlalu singkat, budget yang terlalu menyekat. Alhamdulillah. Ini adalah pengalaman kali pertama ke luar negara. Dan di sini, sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit sahaja, kepada teman-teman dan keluarga, dan untuk simpanan peribadi. Bagi yang punya mimpi yang sama, teruskan mengisi tabung! 😆

Hari 1 : Pengangkutan Awam
Hari 2 - 4 : Kereta Sewa (Aries Car Rental)


Hari 1
12 April 2017 (Rabu)

|Airport KLIA 2 - International Departure|

5.35 am :
●Tiba di airport Perth Terminal 1. Selepas pemeriksaan passport oleh pihak imigresen, kami diminta untuk diperiksa sekali lagi oleh pegawai lain. Disoal siasat dengan pelbagai soalan. Kami diminta tunjukkan bukti tempahan penginapan, sewa kereta, nyatakan berapa duit yang dibawa, pekerjaan dan tempat bekerja di malaysia dan lain-lain. Sedikit kecewa bila semua dokumen sudah diberikan, termasuk rancangan perjalanan, tapi masih diragui. Sampailah dia akhirnya beralah, walaupun kelihatan seperti belum berpuas hati. (Kami rasa ini sebab banyak kes rakyat malaysia yang datang ke sini petik buah secara haram) Apa pun, alhamdulillah selesai dengan baik. Cuma disebabkan ambil masa terlalu lama di situ, sehingga penumpang lain telah lama pun selesai, jadi jadual perjalanan kami lari masa, emosi terganggu pagi tersebut. 😅

|Perth Airport - Terminal 1|

Beli simcard OPTUS, $10 untuk 5 hari, dengan data 500mb sehari. Kongsi berdua.

7.15 am :
🚃 380 : $4.6 → Citiplace Centre √

 |Sesat di bandar Perth|

|Citiplace Centre terletak di Perth Train Station|

● Menuju ke Cityplace Centre. Sesat salah bustop. Sebab dalam 'Transperth App' berdasarkan laluan lihat bas sepatutnya lalu jalan itu, tapi tak lalu pula. (Salah baca map) 😅. Alang-alang sesat di bandar, kami teruskan berjalan-jalan, dan tanya orang tempatan. Orang tempatan sangat membantu. Jauh juga berjalan, gigih, akhirnya sampai juga ke Citiplace Centre dengan berjalan kaki, dengan membawa cengkerang 9 - 12 kg masing-masing. 😰 Di sini boleh menyimpan beg sehingga jam 10pm.

Locker : $11.5 (2 beg galas besar + 2 kecil)


Makan tengahari di Insan's Cafe.
Terdapat  surau (Lot No. 101) berdekatan cafe tersebut.
Jalan-jalan di sekitar bandar Perth.
Chemist Warehouse
Woolworths
London St
Hay St
Murray St

12.45 pm :
🚃 950 : $4.6→ Blue Boat House. √

 |Blue Boat house|

● Terberhenti awal 1 bustop, iaitu di depan bangunan The Old Brewery. Maka, menapaklah jalan kaki 25 minit di sepanjang Swan River. Cuaca panas, tapi angin sejuk, view cantik & tenang.  Maka hati pun tak panas sangat. Haha. Ramai berbasikal di sini. Alhamdulillah, tak ramai orang di Blue Boat House, jadi boleh ambil gambar dengan tenang ya. 😂

● Dari sini, melintas jalan bertentangan Blue Boat House, lalu kawasan perumahan menuju ke King's Park. Jumpa papan tanda di jalan Forest Drive , yang menunjukkan peta untuk laluan bushland menuju ke King's Park, konon adventure lah nak merasa jalan sambil menikmati alam. Tiba-tiba kejap je tembus semula ke jalan raya Lovekin Drive. Tapi kami teruskan berjalan. Tak banyak kereta lalu masa tu. Tawakal je. Alhamdulillah, tiba-tiba datang seorang rakyat Malaysia, Kak Noami (tak pasti ejaan) yang bekerja dan menetap di sana. Beliau tumpangkan kami ke King's Park. Sebenarnya jalan dah betul, dan dekat sangat kalau naik kereta. 😂 Terima lasih kepada beliau, semoga Allah permudahkan juga segala urusan beliau. Amin.

|King's Park & Botanic Garden|
|State War Memorial|

● Naik bas (free) untuk kembali semula ke Perth City.
● 🚃 CAT bus (yellow) → Watertown Brand Outlet. √
● 🚃 CAT bus (red) → Aries Car Rental.
(Dari bustop, jalan kaki 15 minit)
● Beli barang dapur di Carousel Halal Meat, Cannington.
● Check in homestay di Canning Vale.



No comments:

Post a Comment