Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.
Showing posts with label menapak jauh. Show all posts
Showing posts with label menapak jauh. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

Selamat, Dua Ribu Lima Belas.

Selamat berulangnya tahun baru.
Sepertinya tidak ada yang berubah.
Berada dalam posisi yang sama juga tidak.
Apa masih relevan untuk aku mengarang harapan  tahun baru?
Apa masih mungkin harus aku meneruskan impian tertunggak tahun lalu?

Hm.
Tahun baru. Tak ubah seperti tahun yang pernah aku lalu.
Penuh keajaiban.
Penuh keindahan.
Penuh dengan cinta-cinta Tuhan.
Penuh tangis tawa yang terkesan.
Penuh terisi dengan istimewanya teman.
Penuh kehidupan kerja yang terbeban.
Ya, keadaannya seperti sudah penuh.
Apa mungkin boleh aku muatkan lagi dengan permintaan baru?
(Segala puji untuk Tuhan)
Atas rasa penuh ini.
Atas rasa cinta dan kasih yang menyeluruh.
Atas kelompok kecil keluarga dicinta.
Atas teman-teman baik yg didatangi.
Atas kesibukan hidup yang membantu aku mengubati hati.

Tentang cinta dua..
Tak salah untuk masih terus menanti.
Mimpi indah bukan untuk segilintir, tapi ada untuk semua.
Nantilah dengan setia, dengan bersedia.
Hm..Buat Sang Putera Cinta,
Dimana pun kewujudan kau,
tetaplah berpendirian, tetaplah meneruskan kehidupan, tetaplah rapat disisi Tuhan sebelum dipertemukan.Tenang saja ya.

Buat nyawa,
Moga terus bernadi untuk Tuhan.
Terus bernafas untuk Tuhan.
Moga terus bangkit berusaha dalam meraih cinta Tuhan.
Sedang dunia semakin menakutkan.
Lalu, apa yang harus diharapkan lagi?
Selain hanya menjadikan Dia
tempat untuk aku terus bergantungan.

Selamat Tahun Baru Cinta!
Selamat Tahun Baru Semua!
(^__^)

Sunday, 2 June 2013

Pesan kakak.


Bukan senang nak hidup di tanah orang. Baru pijak setapak dua pun boleh diungkit sumpah seranah seluruh 7 keturunan. Bukan senang bila dunia ini kita kongsi dengan orang. Macam-macam perangai. Kadang tu tak tahu yang buruk itu memang wujud ketika kita masih fetus atau terwujud bila umur kita cecah genap 18 tahun.

Mata ni kalau pandang wajib nak ke atas ke bawah. Kalau boleh nak imbas kat bawah pijakkan kaki, mana lah tahu kot-kot pakai jenama kasut sama, baru geng.  Muka kalau tak cun, tak boleh satu kumpulan. Kurang-kurang kulit muka mesti nak putih segar macam pakai aplikasi 360. Kalau masih ada yang guna telefon mudah alih yang ber-pad kekunci jenis picit, silap-silap boleh sampai kena pukul atau dibuang asrama.

Bahaya dunia ni, kadang lebih ngeri dari ke-tidak-logik-an akal. Bukan senang menumpang ruangan orang. Baik beradab cantik kaya pemurah pandai mana pun orang-tidak-suka itu wujud merata-rata. Hati orang-tidak-suka itu sayangnya kita tak boleh baca. Jadi, jaga diri. Sebab riak ujub sombong perasangkaburuk itu benda yang mudah-mudah dibisik ke hati-fikir kita. Rezeki yang Tuhan bagi, bukan untuk kita lambung ke langit agar diperhati kelibat isi bumi. Kalau boleh sorok, sorok. Sorok diam-diam untuk kongsi-tolong orang. 


Pesan kakak, 
orang-tidak-suka itu macam habuk kat lantai bilik. Selagi habuk tu tak menganggu, buat-buat tak nampak sahaja. Kalau sudah tahap mengganggu emosi mata dan pijak-an telapak kaki, pergilah ambil penyapu dan tolak masuk ke penyodok, humban elok-elok ke bakul sampah di tepi sinki dapur. 

Pesan kakak,
orang-tidak-suka itu harus dikasih dan dibimbing. Sebab kadang mereka kurang benda macam tu.

Pesan kakak,
Kita tak perlu pilih-pilih yang mana boleh dijadikan geng. Tuhan dah tetapkan manusia mesti hidup dengan kumpulan manusia. Jadi hanya tolong kekalkan diri dalam bentuk manusia.

Pesan kakak,
Setiap nafas, gerak geri, daya usaha, duduk bangun kita untuk Dia. Betulkan niat. Ingat.


-----------------------------------------


Selamat Berminggu-orientasi, adik. (:



Thursday, 2 May 2013

Malam memang sengaja.


Malam memang sengaja,
dijadikan sifar warna.

Aku berdiri
di sipi-sipi balkoni
cuba menyedut dingin wangi
mengharap jikalau masih ada saki-baki
warni pelangi
siang tadi.

Merah cinta.
Biru rindu.

Hei!
5 lagi warni mana??

Ah! Malam yang memang. 
SENGAJA.


------------------------

Di KLIBF-PWTC tempohari



Abaikan muka Si riak yang indah
 bermain aplikasi 360!
haha. Bai


Wednesday, 27 March 2013

Gadis Mudah.

Aku gadis mudah.
Mudah lupa.
Kerap bingung , lalu keliru.

Aku gadis mudah.
Mudah mendesak.
Sering diam sendiri, bawa rajuk..

Aku gadis mudah.
Mudah tersinggung.
Menangis, dan cuba pujuk maaf.

Aku gadis mudah.
Mudah tertawa.
Sambil melindung mulut, menutup dekah-dekah.

Aku gadis mudah.
Mudah jatuh suka.
Lurus, dan percaya pada yang patutnya tidak.

Kita sama gadis.
Tapi aku gadis mudah.



*memori di Gua Tempurung,  tempohari.
Buat jurugambar.. meskipun gambar beliau tiada,
Terima kasih untuk ini. (: