Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.
Showing posts with label Abu dan Limah. Show all posts
Showing posts with label Abu dan Limah. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

Emping Jagung.



Sedang aku keliru membezakan majerin dan mentega
kau(pencinta-tak-setia) masih berani-berani muncul diantara mereka.

Ah, kau memang sengaja ingin mengadun luka bukan?
berpura menjadikan diri seperti manik-manik gula!

Astaghfirullahal'azim, mujur-lah raya
jadi helah yang kau cipta
aku sebatikan sahaja duhulu dengan salutan pekat madu
pelindung(sementara) buat emping-emping jagung bersatu.

Satu-satunya kuih (yang-pernah) kegemaran kita.




Saturday, 22 June 2013

hanya kerana mimpi itu.





hanya kerana mimpi itu
bait-bait luka terpuisi semula
hilang kewarasan lena yang lama

hanya kerana mimpi itu
setahun segar yang masih dulu
diari hambar yang masih ungu

hanya kerana mimpi itu
tidur jadi ngeri
terlelap pun tidak lagi berani

hanya kerana mimpi itu
emosi bertaut kaku
bila direnjat ingatan pada Abu.



Saturday, 27 April 2013

Salam Ahad.


Salam Ahad! Hari julung kalinya cuti. 
Emosi rindu lain semacam. Kerana lapar barangkali.
Oh! Ini lagu buat kau Abu! Terimalah. :)

You're my backbone
You're my cornerstone
You're my crutch when my legs stop moving
You're my head start
You're my rugged heart
You're the pulse that I've always needed








Sunday, 21 April 2013



"Kau tahu tak Abu,

Kadang-kadang ke-tidakpasti-an selalu mendesak kita keliru.
Masa itu, segala jawapan dan keputusan berpusu-pusu ke langit. Menghilang. Pergi.
Kejamnya sehingga tiada satu pun yang sudi tinggal bersama kita di sini.

Semua ini macam tak adil kan Abu?"

by 27kali


Thursday, 18 April 2013

Abu dan Pelangi.




Hari ini Abu aku hilang. 
Entah ke mana gamaknya.

Pelangi pun tak nampak bayang.



Aku harap mereka bukan sepasang kekasih,
dan melaku curang.

by 27kali





-----------------------------------

Thanks you olls for this makan-makan celebration
di Nasi Ayam Periuk Besar for upcoming harijadi, iaitu esok.
Thanks senior, colleague & boss.
Semoga murah rezeki kalian.Amin.


(:



Tuesday, 16 April 2013

Salam perkenalan Abu.


Abu!!

Hari ini majikan memberitahu aku bagaimana rupa kau terwujud di tapak bumi ini.
Excited aku gila bersungguh!

Kau perlukan air. Kau perlukan api.
Ah, sama saja seperti aku perlukan ke-kachak-an kau yang rare tu!
Tempat kelahiran kau di boiler. Oh, so unique! So style!
dan KITA berdua sama-sama perlukan udara!Oh, so sweet!


27kali


Sunday, 14 April 2013

Abu!



Matahari dalam perjalanan pulang.
Burung lelayang menemani petang aku riang-riang.
Sedang Abu berhempas-pulas memperbaiki lampu picit biru kesayangannya, aku hanya mati memerhati...

"Abu!"

"Apa??"

"kau ni kachaklah. Mesti semua mak-mak mertua kat kampung kita, dan kampung-kampung sebelah nak ber-menantu-kan kau kan"

"Ah kau ni Limah, suka kau mengarut senja-senja buta ni kan. Pian tu aku tengok lagi kachak, macam Pierre Andre kegemaran kau lagi."

"Tapi kau lain Abu. Kachak kau bertempat. Kachak kau ni menyeluruh. Kachak kau rare!"

"Kalau kau jeles melihat aku kachak kau terus terang bagitahu je kat aku Limah. Aku tak mungkin marah. Bukan salah kau pun. Salah mata kau. Nanti aku tolong butakan mata kau.Mau? hahaha..."

Hisy, Abu..Abu..dalam ngilai-ngilai pun kau masih gila kachak.
Patutlah semua gadis-gadis kampung terjelepok histeria akan ke-kachak-kan kau.

Kalau lah rupa aku mirip Maya Karin, mesti mak aku pun turut berpeluang ber-menantu-kan kau Abu!