Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.
Showing posts with label diduga-duga. Show all posts
Showing posts with label diduga-duga. Show all posts

Tuesday, 6 January 2015

Tolong.

Lindung aku
dari perkara yang tidak tidak.

Pelihara aku
dari perkara yang bukan bukan.

Halangi aku
dari perkara yang jangan jangan.

Tuhan, tolong.

Wednesday, 31 December 2014

Selamat, Dua Ribu Lima Belas.

Selamat berulangnya tahun baru.
Sepertinya tidak ada yang berubah.
Berada dalam posisi yang sama juga tidak.
Apa masih relevan untuk aku mengarang harapan  tahun baru?
Apa masih mungkin harus aku meneruskan impian tertunggak tahun lalu?

Hm.
Tahun baru. Tak ubah seperti tahun yang pernah aku lalu.
Penuh keajaiban.
Penuh keindahan.
Penuh dengan cinta-cinta Tuhan.
Penuh tangis tawa yang terkesan.
Penuh terisi dengan istimewanya teman.
Penuh kehidupan kerja yang terbeban.
Ya, keadaannya seperti sudah penuh.
Apa mungkin boleh aku muatkan lagi dengan permintaan baru?
(Segala puji untuk Tuhan)
Atas rasa penuh ini.
Atas rasa cinta dan kasih yang menyeluruh.
Atas kelompok kecil keluarga dicinta.
Atas teman-teman baik yg didatangi.
Atas kesibukan hidup yang membantu aku mengubati hati.

Tentang cinta dua..
Tak salah untuk masih terus menanti.
Mimpi indah bukan untuk segilintir, tapi ada untuk semua.
Nantilah dengan setia, dengan bersedia.
Hm..Buat Sang Putera Cinta,
Dimana pun kewujudan kau,
tetaplah berpendirian, tetaplah meneruskan kehidupan, tetaplah rapat disisi Tuhan sebelum dipertemukan.Tenang saja ya.

Buat nyawa,
Moga terus bernadi untuk Tuhan.
Terus bernafas untuk Tuhan.
Moga terus bangkit berusaha dalam meraih cinta Tuhan.
Sedang dunia semakin menakutkan.
Lalu, apa yang harus diharapkan lagi?
Selain hanya menjadikan Dia
tempat untuk aku terus bergantungan.

Selamat Tahun Baru Cinta!
Selamat Tahun Baru Semua!
(^__^)

Sunday, 16 March 2014

Burung Gergasi Putih


Malam ini hujan.
Sedang. Untuk kedua kalinya lebat seperti semalam. Sebaik mengantikan panas bahang. Berharap angin yang mendingin ini, mampu menenangkan penantian keluarga/kenalan/pihakterlibat/rakyat atas peristiwa kehilangan pesawat #MH370.

 Buat politik kotor, spekulasi karut, aib juruterbang yang terbuka dan tok bomoh yang merosak agama,  persetankan. Biar pakar sahaja layak untuk mengulas lanjut. Dan aku tidak.

Malam ini hujan.
Mungkin kerana suasana ini yang mendorong aku untuk menulis. Menotakan apa yang bermain di kotak fikir.
Entah di mana jasad MH370 berada kini. Masih tiada kemungkinan yang boleh meyakinkan. Dan sains semakin merumitkan keadaan. Aku berharap sampai satu masa nanti kita semua 
REDHA.


Kau di mana ya,
Aku berharap kau masih ada.
Yang barangkali dipinjam awan seketika.

Kau di mana ya,
Aku berharap kau tak terlalu jauh.
Bimbang,
Jika penantian ini tak selamanya teguh.


Hei burung gergasi putih!
Mohon kau pulang. 
Aku rindu menjadi kanak-kanak riang.
Melihat saat melintasnya kau terbang.











Wednesday, 27 November 2013

Fitnah.


Bilamana aku cuba merangkak dari kejatuhan.
Siang tiba-tiba menggelap.
Tiada mahu bekerjasama untuk menghulur sedikit cahaya.

Bilamana aku cuba meraba-raba bangkit dari kebutaan.
Manusia lain berpura-pura turut tidak mampu melihat.


Tolong, Tuhan.

Tolong aku dari merasa penat yang mengghairah.
Tolong aku dari fitnah jahat yang meratah.


Firman Allah dalam Surat An-Nuur: 30-31:
 ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…”




Kematian aku itu dekat,
tapi mengapa amalan ini makin menjauh?
Kesedaran aku itu cepat,
tapi mengapa dosa ini makin penuh?



Saturday, 8 June 2013

Kenapa kita macam ini.


Bila ditimpa susah.
Kita mula nak melekatkan harapan pada orang. 

Mula nak bergantung. 
Mula meletak jangkaan yang kita cipta pada orang lain. 
Dengan yakin orang lain itu boleh genggam kemas tangan kita, dan bawa kita pergi jauh dari sini.

Bila kita tak kuat seorang.
Kita mula desak orang lain duduk dekat kita untuk faham. 
Paksa orang lain masuk dalam kotak beban kita
Heret orang lain untuk berkongsi imajinasi sempit kita.

Tapi
Bila semua gagal.
Bila kita ditinggalkan mentah-mentah.
Kita mula menuduh orang lain tak pernah peduli.
Lalu kita hilang kepercayaan. Pertimbangan. Dan harapan yang tadi.
Lalu kita terus dihimpit rasa dipinggir. 
Tak dihargai. Dan mula membenci.

Kenapa kita macam ini?
sebab kita lupa.


Tuhan.


by 27kali



Tuesday, 28 May 2013

Bila yis merasa malu.


Kasih-an. 
Melihat hidupan-yang-(sepanjang hidupnya)-tak pernah tahu-apa-itu 
dan bagaimana-itu-yis. 
Tertanya-tanya dari celah mana datangnya hidupan-yang-tak-pernah-tahu-apa-itu-yis. Hidupan ini. Mujur dia masih berstatus bujang. 
Kalau di depan anak cucu mertua dan keturunan, entah ke mana harus dihumban rasa malu yang sarat menyelubung.

Terima kasih emak, abah, kakak, adik dan kawan kerana masih sudi menerima hidupan-yang-tak-pernah-tahu-apa-itu-yis, ini.



Nota Mati :

Yis (Yeast), Ragi, "Ibu Roti  : Merupakan sejenis agen penaik atau fermentasi (penapai) yang sering digunakan dalam pembuatan roti, donat, pau, apam dan tapai. 


1-Yis Kering (Instant): Mauripan, Saf-Instant, Fermipan
2-Yis Basah (Compressed): Anchor
3-Ragi tapai 





saya suka apam.
Sekian, Terima kasih.


Thursday, 16 May 2013

Bulan


Sejak hari mencalit biru di kuku telunjuk kiri, diri langsung tak ter-puisi. Lidah jadi kelu. Sedangkan tak perlu bersuara pun, taip saja. Kalaulah boleh dimuntahkan segala isi puisi ini, pasti lebih senang. Lebih terang. Lebih lapang. Si jari-jemari pula merengek-rengek minta diceraikan dari tetulang. Longlai - tanda protes. Jiwa tak ghairah. Tak ada perasaan. Organ hati yang tak-pernah-pernah berganjak ini pun seperti sudah dipalsukan.

Rasa tiba-tiba ingin menjadikan
BULAN sebagai kawan.