Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.
Showing posts with label Halusinasi. Show all posts
Showing posts with label Halusinasi. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

Sebenarnya, kita nak pergi Perth.

Aah.
Sebenarnya kita nak pergi Perth.
What??
Memang mustahil. Memang tak mungkin.
Sebab tak ada sesiapa nak belanja kita kan.
Ini lah tabung yang dibuat khas untuk kita ke Perth.
What??
Aah. Memang mengarut.
Memang tak munasabah munaperak munafendi.
Nak masuk dalam mimpi pun tetap tak akan mampu nak pergi Perth munah oii.

Ini tabung kitar semula.
Cap MariGold.
What??
Aah. Memang murah. Memang mudah.
So what??

Ohh Perth. Ohh Perth.
Apa yang menarik?
Tak tahu. Tak tahu.
Cuma nak sembang dengan koala bear
Nak cuba masuk poket kangaroo.
Apa yang menarik?
Tak tahu tak tahu.
Tahu tahu dah tertarik.

Hei, sebenarnya kita nak pergi Perth.
Hei, sebenarnya kita nak pergi Perth.
Korang dengar tak?
Whateverrr.

Sebenarnya, kita nak pergi Perth.
Sebaik tabung ni penuh 8 ribu,
moh kita pergi umrah dulu.

Sekian.

Friday, 19 September 2014

Memang hitam.

Setibanya pulang dari kerja. Mak kata aku hitam. What? Tak marah.
Sebab memang hitam. Ini bukan hitam-hitam si tampuk manggis, walau hitam tetapi manis. Ini memang hitam tak menyelerakan pandangan. Hitam macam punggung kuali? Tak, itu menghina. Ya, hitam macam kaler pensil hitam LUNA. Ia hitam, tapi fungsi dan kesannya hebat. Kenapa dengan hitam? Kau orang tak suka ke? Tak suka tak apa. Buat apa mukaaaa putihhhh, tangannnn hitammm. Lebih baik hitam seluruhnya. Hitam itu unggul, bergaya, macho, gah. Senang nak matching dengan apa-apa warna. Hitam itu bersih. Putih belum tentu. Sebab hitam tahu dia hitam, lalu dia perlu untuk bersih. Kenapa nak malu dengan hitam? Tong sampah, plastik sampah, bingkai cermin mata, rambut, keyboard & charger laptop ni pun hitam, mesin mencetak juga mengutamakan dakwat hitam. 

Hitam : kau suka tak berkawan dengan aku?
Kawan : kenapa kau tanya benda mengarut buang masa ni?
Hitam : jujur je lah..aku tak kisah apa jawapan kau. Aku ni hitam.
Kawan : kau ni dah kenapa? Kawan ajelah, hitam tak hitam apa masalahnya!
Hitam : sebab aku hitam, jadi kau mesti malu dan takut andai kau terkena lempias hitam dari aku
Kawan : kalau kau nak hidup, baik kau diam sekarang.
Hitam : kau marah aku sebab aku hitam ke? ;(
Kawan : errk...? %#@$%^&*%$

Setibanya pulang dari kerja. mak kata aku hitam. What? Tak marah.

Sebab mak bukan sindir, barangkali terlupa yang dia punya anak hitam.

(-,-)

Ingat tak sahabat Nabi Muhammad s.a.w Bilal Bin Rabah?


Beliau hanyalah seorang hamba yang berkulit hitam, tetapi meskipun wajahnya hitam, hatinya sangat bersih dan imannya tinggi. (Mari jadikan pedoman!)



Wednesday, 11 June 2014

Puteri Adiralea


Puteri Adiralea.
Kau tahu sesuatu?
tentang satu rasa 
yang sering membuai dikau dalam jaga
tidur seharian indah
berjaga seluruh saat pun tak akan
pernah membuat diri kau lemah.

Kau percaya sesuatu?
bila cinta percuma kau beri
segala himpunan jiwa pasti berbalas kembali
ada kasih, ada rindu yang dinanti-nanti
ada sayang yang pernah dulu kau impi.

Hey Puteri Adiralea,
curahkan saja segala rahsia pada Sang Bulan
pejamkan mata mu sejenak
nikmati setiap bias-bias cahayanya
yang diam-diam meratah wajah

dan

andai ada degupan debar menyoroti hingga pagi
itu CINTA, pasti.

............................................................


When you love someone
Your heartbeat beats so loud
When you love someone
Your feet can't feel the ground!
Shining stars all seem to congregate around your face
When you love someone
It comes back to you.
.........................................



Monday, 31 March 2014

Selamat datang, APRIL


(source : pinterest.com)


Buat kau April, selamat datang.
Bertemu dengan kau kali ini benar-benar menghayun lebih dari satu perasaan. Aku anggap kali ini bukan gangguan syaitan. Rasa ini, membenih sejuta debar. Nafas seperti tidak sabar mengejar nadi getar. Hey, kau dengar kan April?. Aku tidak pernah menanti hadir kau. Dengan tercatatnya diri kau pada telefon bimbit jenis picit ini, buat leka aku tersedar. Entah apa yang mungkin berlaku antara kita. Entah apa yang bakal kita lalui bersama. Entah suka, entah mungkin duka. Entah mungkin ada beberapa bintang di langit yang dapat aku gapai. Atau mungkin hanya dapat menjenguk jauh langit hitam, tatkala bintang sepurnama ini mencuba padam.  


Buat kau April, salam sayang.
Jujur aku, tiada lah istimewa tentang pertalian kita. Ia sebenarnya lebih dekat dari mengenang saat paling duka. Hey April, kau tahu aku kuat bukan? (senyum) Mana mungkin aku jatuh, sedang aku lah yang paling gemar kau sambut. Mana mungkin mata kembali menangis, sedang sinar kau lah telah menghayal aku dengan seluruh magis.(senyum)


Buat kau April.
Terima kasih kerana datang. Tidaklah aku memanggil harap. Cukup dengan ucap gembira menyambut kau tiba. Kita kan jarang jumpa. (senyum). Oh ya, maaf. Kerana tiada bunga api mahupun belon udara. (keluh). Berharap sangat mendapat cuti rehat tiga puluh satu hari atas kepulangan kau. kalau boleh mahu dapat berdua. Tak mahu ada siapa-siapa. Berdirian dua dengan kau itu satu-satunya penenang jiwa. Kau tahu April, sepanjang ketiadaan kau, aku telah menghadap bermacam-macam keadaan dan manusia. Mereka tak seperti kau. Tepat janji. Seperti janji kau yang tak pernah mungkir untuk muncul semula. 


April, Kau faham aku kan April? degil aku. bimbang aku. dan tawa-tawa yang berjaya mengempang jiwa dari berkaca. Tolong heret aku pergi kali ini April. Aku penat. Benar-benar perlukan rehat. Mohon rangkul aku erat. Bersama hamparan langit yang terpaling dekat. Aku ingin benar berada di situ. Agar hilang ketakutan semalam. Agar lena aku tidak lagi dipermainkan mimpi-mimpi kejam. Agar hanya ada aku, kau dan malam.


April
kau tahu kan,
Tuhan kita itu mendengar setiap apa yang kita rintihkan.
Dan aku yakin, Dia sedang makbulkan.


....................................................................................


Semoga segalanya baik-baik. Amin! (>_<)







Tuesday, 25 March 2014

Mohon


Pesan aku, pada yang punya cinta hati, mohon dijaga sungguh. 
Mohon dijaga rapi. Mohon kau sabar untuk setiap penyakit-
penyakit jiwa dan penyakit-penyakit hati. Mohon kau pejam nafsu 
dari mengoncang iman yang cuba mengalih pandangan untuk kau
melaku curang. Jika hubungan kau sudah mencapai lebih dari 
tahap matang, aku rayu agar kau tidak terlepas pandang. 
Suburkan kasih sayang, di dalam genggaman rahmat Tuhan.
Tak mahu aku melihat kau terkilan. Tak mahu aku melihat ada jiwa 
terkorban. Tak mahu aku melihat kau dari sedih yang tak berpengakhiran. Dek kerana tindakan bodoh yang pasti penuh kekesalan.



(Seperti aku dulu).






Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you’re missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies


Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep







Sunday, 23 March 2014

Dua hari ini.


Dua hari ini.

Benar-benar baik. Memberi makna yang tersendiri. Punya nilai yang tak mampu diperoleh hari-hari. Kesibukkan kerja yang membebankan, lenyap mudah hanya dengan dua hari ini. Aku anggap ia satu terapi. Sayangnya, kelapangan waktu yang sering pada keluarga dan peribadi, membuat masa sering tiada untuk mereka-si-kawan-tawa-tawa. Maaf atas perancangan yang terlalu banyak diinginkan, sedang satu darinya masih tak berlaku. Aku hanya punya keinginan, namun Tuhan yang beri setiap ketentuan.

Saat-saat jarang ini, hanya mampu dirakam oleh detik masa, lalu diputar semula dalam ingatan bahagia. Rasa ini dari Tuhan, aku tahu kekalnya tak akan. Tersiratnya juga sebuah ujian. Akan sampai masa, segala pinjaman pasti dipulangkan.

Saat itu, aku hanya harus cuba tenang, harus belajar syukur, harus redha, dengan mereka-si-kawan-tawa-tawa yang seketika pernah dipertemukan.



Jangan pernah ditahan tawa-tawa.
Andai waktu memberi kamu ruang.
Terima saja tanpa bersoal.
Kerana peristiwa yang berlaku penuh tiba-tiba itu
adakalanya lebih sempurna
dari mimpi indah yang kau rancang semalam.



Terima kasih kepada setiap dari kamu yang membuat aku ketawa.
Semoga hidup kalian bahagia. Amin! >_<




Thursday, 20 March 2014

Baik saja begini.


Baik saja begini.
Kau yang terus tiada, sedang aku masih cuba begini.
Kau yang terus tiada, sedang aku masih leka mentafsir mimpi.

Tindakan kau yang membiar ini
sedang membunuh satu-per-satu memori.

Ya,baik saja begini.



Berharap,
darah ku kini baru,
pekat, dan merah jambu.


Friday, 14 March 2014

Ghairah



Kasihan pada Sang Waktu.
Bila hadir perginya tak dipeduli.
Di detik-detik-kan dengan penat lesu.
Di saat minit-kan dengan ghairah berhantu.
Tiada wujud istilah mungkin.
Segalanya yang pasti, mesti.
Segalanya yang mimpi, jadi.


"Passion is the drunkenness of mind"




Thursday, 13 March 2014

Vanila




Keterbatasan apa yang diuji ini?
Menghadang pandangan dua dari menjadi satu.

Keterlanjuran apa yang dirasa kini?
Menghalang jiwa dari cuba membuka sebarang pintu.

Kegagalan apa yang sedang membunuh ini?
Menyekat VANILA dari memadam rasa lalu.

--------------------





Friday, 7 March 2014

Laki-Laki pelengkap.



Bagi gadis. Bual bicara bersama rakan-rakan segadis, tentang jodoh itu satu kesenorokan yang pasti. Fitrah naluri yang ingin memiliki seorang laki-laki sebagai pelengkap. Mengimpi sebuah keluarga, bagi memenuhi kekosongan jiwa. Ya, seorang laki-laki. Pelengkap kepada rompong-rompong peribadi seorang gadis.

Bagi gadis. 
Mengimajinasi perwatakan idaman seorang laki-laki pelengkap itu satu kemestian. Tidaklah terlalu mengharap. Tapi, andai dapat? Tuah manusia itu siapa tahu kan. Tidak salah mendoa. Seorang yang sederhana sifatnya. Berilmu. Matang dalam menguruskan hidup itu penting. Kestabilan dalam kewangan. Bertanggungjawab. Setia. Baik rupa paras & akhlak - merangkumi adab kata-kata dan perilakunya terhadap setiap makhluk disekeliling. Menjaga solat 5 waktunya itu mesti. Penting bagi mencorak peribadi anak-anak kemudian hari. Namun bagi fleksibiliti gadis, jika masih tak menepati, kasi sahaja ruang pada dia - berubah. Selesai.

Bagi gadis. Walau apa jua latar belakang bagi laki-laki pelengkap itu bawa, harus sahaja terima. Harus redha, sebagaimana dia. Sejarah belakang dulu hanya sekadar perjalanan mengenal hidup. Kita semua lalui jalan itu, cuma beza. Dan yang harus diambil-kira itu "sekarang". Bukan yang "sudah lepas", dan juga bukan "akan datang" yang belum pasti. 

Bagi gadis. Mengosongkan hati dari mana-mana laki-laki yang tidak pasti itu seperti sudah lali. Menipulah jika tidak rapuh berdiri sendiri. Sebab terkadang itu, hendak tak hendak jiwa pasti terumbang-ambing melayan bisik syaitan. Hati yang mudah-mudah jatuh dalam ketidaksengajaan. Perasaan yang sering menyesak dalam rasa cinta yang tak patut-patut. Namun, janji Tuhan itu pasti. Pelengkap hidup yang sempurna itu tak usahlah tergesa-gesa mencari, tapi cubalah menjadi.


Saat ini, yang mana prioriti hidup bagi seorang gadis itu hanya untuk Tuhan. Yang keduanya untuk keluarga. Dan ketiga masa hadapan. :)


--------------------------


Rindhew.

Saturday, 14 December 2013

Aku hanyalah GADIS biasa.

Aku hanyalah gadis biasa.
Baru ditinggalkan sekali,
namun sakitnya aku sudah mula terbiasa.

Aku hanyalah gadis biasa,
Mengesat di hujung lengan baju
airmata-airmata kecewa.

Aku hanyalah gadis biasa
Mengingat kisah lalu kerapkali sebelum pagi
Tiba siang
aku masih seperti biasa berhibur ketawa

Usah risau...
Buat aku, ini perkara biasa.

Yang aku bimbang...
Harap kau tak apa-apa.






Thursday, 31 October 2013

Kau di mana ya?


Kau di mana ya
puas aku cari tadi pagi

Aduhai,
tak usahlah selalu begini
menghadir diri 
dalam mimpi-mimpi aku lagi

Kau sendiri tahu bukan
betapa indahnya perasaan datang
betapa sakitnya andai sesuatu terpadam hilang

Kau sendiri tahu bukan
akan sukanya aku pada kau
pada senyum yang manis-manis
pada gigi kecil yang berbaris-baris

Kau di mana ya
tolong, jangan tiada.








Monday, 30 September 2013

Langit.

hey langit tinggi
heyy langit!!

terkejut dengan keberadaan aku bukan?
hey, (: senyum ini untuk kamu
teriakkan aku ini kali
cuma mahu menyatakan
bahawa aku tidaklah keseorangan
tidaklah sendirian
meskipun aku yang dulu
pernah ditenggelam-sepikan
kejam-kejam ditinggalkan.

hey!
aku masih ada kamu bukan?
kamu itu..yang tanpa sedar
sedang setia-setia membumbung aku
bersama tabur-tabur bintang
yang indahnya tak mahu aku bilang.

hey langit,
terima kasih kerana masih bergelap di situ
di hamparan tinggi paling ter-atas
meskipun kesal tak daya dimilik
tetap mahu aku berterima kasih
kerana memberi izin
untuk kamu terus-terus diperhati (dari sini).


by 27kali

Thursday, 22 August 2013

Perasaan.


Perasaan itu tiada bertulang.
Dia tahu berdirinya lemah. Sendirinya payah.
Sedar tak bertopang, tapi masih degil tak mahu dipegang.

Perasaan itu tiada segi. Tiada paksi.
Buat jiwa  merasa  fleksibiliti.
Atmosferanya tiada disekat-sekat.
Gerak hatinya tiada juga diikat-ikat.
Pernah hilang, dan kembali datang.

Perasaan itu bernadi.
Bila saat  dia  di luar normal, denyutan jadi bersepah.
Lalu berlaga-laga indah.
 


by 27kali

Tuesday, 6 August 2013

Emping Jagung.



Sedang aku keliru membezakan majerin dan mentega
kau(pencinta-tak-setia) masih berani-berani muncul diantara mereka.

Ah, kau memang sengaja ingin mengadun luka bukan?
berpura menjadikan diri seperti manik-manik gula!

Astaghfirullahal'azim, mujur-lah raya
jadi helah yang kau cipta
aku sebatikan sahaja duhulu dengan salutan pekat madu
pelindung(sementara) buat emping-emping jagung bersatu.

Satu-satunya kuih (yang-pernah) kegemaran kita.




Monday, 15 July 2013

Sang Pencinta Awan.


Sang Pencinta Awan,
sekali lagi
sentuhan langit-langit malam ini
benar-benar tajam melukakan
memutar jejari ingatan aku pada bayang-bayang biru
puas dicuba menidakkan
namun tetap tak reti-reti mahu memaling.

Saat itu,
watak sepasang rerama putih
riang menebar sayap menyusuri pelangi
bahagia membiar warninya terbias tinggi
bersama taburan puisi janji.

Sang Pencinta Awan,
cinta merah jambu yang sama dulu pernah kita genggam
biarkanlah ia menjadi hitam
berubah kelabu atau hijau kelam
biar suram
biar padam.

Andai tiba nanti takdir merisik
datanglah (hanya) kepada aku
akan aku berikan kau bayang-bayang baru
bayang UNGU.


by 27 kali

Saturday, 22 June 2013

hanya kerana mimpi itu.





hanya kerana mimpi itu
bait-bait luka terpuisi semula
hilang kewarasan lena yang lama

hanya kerana mimpi itu
setahun segar yang masih dulu
diari hambar yang masih ungu

hanya kerana mimpi itu
tidur jadi ngeri
terlelap pun tidak lagi berani

hanya kerana mimpi itu
emosi bertaut kaku
bila direnjat ingatan pada Abu.



Saturday, 27 April 2013

Salam Ahad.


Salam Ahad! Hari julung kalinya cuti. 
Emosi rindu lain semacam. Kerana lapar barangkali.
Oh! Ini lagu buat kau Abu! Terimalah. :)

You're my backbone
You're my cornerstone
You're my crutch when my legs stop moving
You're my head start
You're my rugged heart
You're the pulse that I've always needed