Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.
Showing posts with label infiniti akal. Show all posts
Showing posts with label infiniti akal. Show all posts

Tuesday, 3 November 2015

Kau rasa puas?

Kepuasan hidup ini terlalu mudah untuk kau peroleh. Samada untuk perihal dunia, akhirat atau kedua-duanya ingin kau bolot sama. Kata kuncinya hanya satu iaitu, 'sungguh-sungguh'.

Kalau jahat yg kau mahu, bersungguh-sungguhlah hingga dapat. Dan kau akan peroleh puas. Akibatnya kau sendiri tanggung.

Kalau baik yang kau mahu, bersungguh-sungguhlah cuba sedaya mampu. Kalau dapat, kau puas dunia puas akhirat. Kalau tidak berjaya pun, dengan sabar.. puas akhirat kau dapat.

Namun ada puas yang bersifat 'di antara'. Maksudnya, puas itu bukan hanya bila kau berjaya peroleh hasil yang kau mahukan itu. Tetapi ia boleh kau dapat dalam setiap detik yang kau lalui. Dengan syarat adanya penghayatan, kepercayaan, penghargaan, rendah diri dengan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Dalam kata lain, berlapang dada dan tawakkaltu'alAllah.

Misalnya, kau mahu jadi cantik. Tapi tak mampu beli produk. Kau cuba air beras untuk putih kulit. Lepas dua kali cuba, give up. Kau cuba pula tempek bedak sejuk. Tapi kau alah debu bila bedak tu kering. Then kau usaha lagi, usaha lain dan lain. Hasil kadang tu memang tak jadi, tapi kau puas. Puas dengan usaha kau sendiri. Puas dengan apa yang kau percaya dan kau sendiri lalui.

Kepuasan hidup kita semua ni tak sama. Kalau cantik yang buat kau puas, terserah. Kalau jadi kaya buat kau puas, terpulang. Kalau pangkat tinggi , gaji besar, kereta harrier yang buat kau puas, itu sukahati kau lah. Yang penting, jangan sampai kepuasan yang kau peroleh itu buat kau riak lalu merendah-rendahkan orang sekeliling kau.

Sekali lagi,
kepuasan hidup kita semua ni tak sama. Bolehjadi dengan memiliki kulit putih buat kau puas, tapi pada aku tidak. Bolehjadi. 🌚

.............................................................................

Hei! Lihat burung-burung tu. Aku tak pasti mereka ada ratus atau ribu. Yang jelas mereka terbang puas dalam renyai hujan. Dan aku selaku hamba hina, hanya mampu melihat puas indahnya ciptaan Tuhan.

Saturday, 10 January 2015

Sebenarnya, kita nak pergi Perth.

Aah.
Sebenarnya kita nak pergi Perth.
What??
Memang mustahil. Memang tak mungkin.
Sebab tak ada sesiapa nak belanja kita kan.
Ini lah tabung yang dibuat khas untuk kita ke Perth.
What??
Aah. Memang mengarut.
Memang tak munasabah munaperak munafendi.
Nak masuk dalam mimpi pun tetap tak akan mampu nak pergi Perth munah oii.

Ini tabung kitar semula.
Cap MariGold.
What??
Aah. Memang murah. Memang mudah.
So what??

Ohh Perth. Ohh Perth.
Apa yang menarik?
Tak tahu. Tak tahu.
Cuma nak sembang dengan koala bear
Nak cuba masuk poket kangaroo.
Apa yang menarik?
Tak tahu tak tahu.
Tahu tahu dah tertarik.

Hei, sebenarnya kita nak pergi Perth.
Hei, sebenarnya kita nak pergi Perth.
Korang dengar tak?
Whateverrr.

Sebenarnya, kita nak pergi Perth.
Sebaik tabung ni penuh 8 ribu,
moh kita pergi umrah dulu.

Sekian.

Wednesday, 17 December 2014

Biar saja.

Ini.
Hanyalah waktu yang tersempit
Yang ada,
Hanyalah sisa sisa minit yang tersulit
Yang ada,
Hanyalah detik detik terperit

Biar saja pena benci untuk berdakwat
Biar saja jemari benci mengatur abjad
Biar saja langit terus mendung
Biar saja rumput rumput kuning
Biar saja langkah mundur

Apa ini?

Biar saja.

Tuesday, 9 December 2014

Hilang [4]

Lokasi : ruang tamu

Mood : tak stabil

Jam : 21:00 

Alatan : Zenfone 6

Lagu : Adi Permana - Pergilah

............................

Barangkali, ini hanya bingung.
Yang cuba merosak ruang fikir,
Yang cuba menjarak kewarasan
dari hadir.

Barangkali, ini hanya bingung.
Menjadikan kau
keliru untuk berkeputusan,
Hingga sekali lagi kau jatuh
tak berpenahan.

Barangkali, ini hanya bingung.
Yang menyumbang
pada tangis-tangis kecil,
Yang mengundang
harapan yang tak mungkin.

Barangkali, ini hanya bingung.
Yang datang malam hari,
lalu menghilang bila pagi.

..............................................


To beloved friend : love you & thanks! ^_^

Wednesday, 11 June 2014

Puteri Adiralea


Puteri Adiralea.
Kau tahu sesuatu?
tentang satu rasa 
yang sering membuai dikau dalam jaga
tidur seharian indah
berjaga seluruh saat pun tak akan
pernah membuat diri kau lemah.

Kau percaya sesuatu?
bila cinta percuma kau beri
segala himpunan jiwa pasti berbalas kembali
ada kasih, ada rindu yang dinanti-nanti
ada sayang yang pernah dulu kau impi.

Hey Puteri Adiralea,
curahkan saja segala rahsia pada Sang Bulan
pejamkan mata mu sejenak
nikmati setiap bias-bias cahayanya
yang diam-diam meratah wajah

dan

andai ada degupan debar menyoroti hingga pagi
itu CINTA, pasti.

............................................................


When you love someone
Your heartbeat beats so loud
When you love someone
Your feet can't feel the ground!
Shining stars all seem to congregate around your face
When you love someone
It comes back to you.
.........................................



Monday, 31 March 2014

Selamat datang, APRIL


(source : pinterest.com)


Buat kau April, selamat datang.
Bertemu dengan kau kali ini benar-benar menghayun lebih dari satu perasaan. Aku anggap kali ini bukan gangguan syaitan. Rasa ini, membenih sejuta debar. Nafas seperti tidak sabar mengejar nadi getar. Hey, kau dengar kan April?. Aku tidak pernah menanti hadir kau. Dengan tercatatnya diri kau pada telefon bimbit jenis picit ini, buat leka aku tersedar. Entah apa yang mungkin berlaku antara kita. Entah apa yang bakal kita lalui bersama. Entah suka, entah mungkin duka. Entah mungkin ada beberapa bintang di langit yang dapat aku gapai. Atau mungkin hanya dapat menjenguk jauh langit hitam, tatkala bintang sepurnama ini mencuba padam.  


Buat kau April, salam sayang.
Jujur aku, tiada lah istimewa tentang pertalian kita. Ia sebenarnya lebih dekat dari mengenang saat paling duka. Hey April, kau tahu aku kuat bukan? (senyum) Mana mungkin aku jatuh, sedang aku lah yang paling gemar kau sambut. Mana mungkin mata kembali menangis, sedang sinar kau lah telah menghayal aku dengan seluruh magis.(senyum)


Buat kau April.
Terima kasih kerana datang. Tidaklah aku memanggil harap. Cukup dengan ucap gembira menyambut kau tiba. Kita kan jarang jumpa. (senyum). Oh ya, maaf. Kerana tiada bunga api mahupun belon udara. (keluh). Berharap sangat mendapat cuti rehat tiga puluh satu hari atas kepulangan kau. kalau boleh mahu dapat berdua. Tak mahu ada siapa-siapa. Berdirian dua dengan kau itu satu-satunya penenang jiwa. Kau tahu April, sepanjang ketiadaan kau, aku telah menghadap bermacam-macam keadaan dan manusia. Mereka tak seperti kau. Tepat janji. Seperti janji kau yang tak pernah mungkir untuk muncul semula. 


April, Kau faham aku kan April? degil aku. bimbang aku. dan tawa-tawa yang berjaya mengempang jiwa dari berkaca. Tolong heret aku pergi kali ini April. Aku penat. Benar-benar perlukan rehat. Mohon rangkul aku erat. Bersama hamparan langit yang terpaling dekat. Aku ingin benar berada di situ. Agar hilang ketakutan semalam. Agar lena aku tidak lagi dipermainkan mimpi-mimpi kejam. Agar hanya ada aku, kau dan malam.


April
kau tahu kan,
Tuhan kita itu mendengar setiap apa yang kita rintihkan.
Dan aku yakin, Dia sedang makbulkan.


....................................................................................


Semoga segalanya baik-baik. Amin! (>_<)







Sunday, 23 March 2014

Dua hari ini.


Dua hari ini.

Benar-benar baik. Memberi makna yang tersendiri. Punya nilai yang tak mampu diperoleh hari-hari. Kesibukkan kerja yang membebankan, lenyap mudah hanya dengan dua hari ini. Aku anggap ia satu terapi. Sayangnya, kelapangan waktu yang sering pada keluarga dan peribadi, membuat masa sering tiada untuk mereka-si-kawan-tawa-tawa. Maaf atas perancangan yang terlalu banyak diinginkan, sedang satu darinya masih tak berlaku. Aku hanya punya keinginan, namun Tuhan yang beri setiap ketentuan.

Saat-saat jarang ini, hanya mampu dirakam oleh detik masa, lalu diputar semula dalam ingatan bahagia. Rasa ini dari Tuhan, aku tahu kekalnya tak akan. Tersiratnya juga sebuah ujian. Akan sampai masa, segala pinjaman pasti dipulangkan.

Saat itu, aku hanya harus cuba tenang, harus belajar syukur, harus redha, dengan mereka-si-kawan-tawa-tawa yang seketika pernah dipertemukan.



Jangan pernah ditahan tawa-tawa.
Andai waktu memberi kamu ruang.
Terima saja tanpa bersoal.
Kerana peristiwa yang berlaku penuh tiba-tiba itu
adakalanya lebih sempurna
dari mimpi indah yang kau rancang semalam.



Terima kasih kepada setiap dari kamu yang membuat aku ketawa.
Semoga hidup kalian bahagia. Amin! >_<




Thursday, 6 March 2014

Kambing.



"We sometimes realise the value of the people kambings in our lives only after losing them. Appreciate others kambings."


-------------------------------
Sepatutnya ini lah masanya aku membuat sedikit ulangkaji.
Namun nafsu mengemaskini blog adalah lebih menjanjikan kenikmatan jiwa.
Berharap esok berjaya menjawab dengan pengalaman yang setahun jagung.

^_^



Monday, 30 September 2013

Langit.

hey langit tinggi
heyy langit!!

terkejut dengan keberadaan aku bukan?
hey, (: senyum ini untuk kamu
teriakkan aku ini kali
cuma mahu menyatakan
bahawa aku tidaklah keseorangan
tidaklah sendirian
meskipun aku yang dulu
pernah ditenggelam-sepikan
kejam-kejam ditinggalkan.

hey!
aku masih ada kamu bukan?
kamu itu..yang tanpa sedar
sedang setia-setia membumbung aku
bersama tabur-tabur bintang
yang indahnya tak mahu aku bilang.

hey langit,
terima kasih kerana masih bergelap di situ
di hamparan tinggi paling ter-atas
meskipun kesal tak daya dimilik
tetap mahu aku berterima kasih
kerana memberi izin
untuk kamu terus-terus diperhati (dari sini).


by 27kali

Monday, 15 July 2013

Sang Pencinta Awan.


Sang Pencinta Awan,
sekali lagi
sentuhan langit-langit malam ini
benar-benar tajam melukakan
memutar jejari ingatan aku pada bayang-bayang biru
puas dicuba menidakkan
namun tetap tak reti-reti mahu memaling.

Saat itu,
watak sepasang rerama putih
riang menebar sayap menyusuri pelangi
bahagia membiar warninya terbias tinggi
bersama taburan puisi janji.

Sang Pencinta Awan,
cinta merah jambu yang sama dulu pernah kita genggam
biarkanlah ia menjadi hitam
berubah kelabu atau hijau kelam
biar suram
biar padam.

Andai tiba nanti takdir merisik
datanglah (hanya) kepada aku
akan aku berikan kau bayang-bayang baru
bayang UNGU.


by 27 kali

Friday, 5 July 2013

Bintang, pergi.




Bintang. 
Entah apa-apa entah yang istimewa ada pada engkau.
Aku sendiri bingung memastikan. 

Degil yang masih ini.
Terus-terusan ingin menyatakan tentang khayal-khayal malam.
Terus-terusan ingin membiaskan diri pada angan-angan silam.

Bintang. 
Entah apa untungnya menjadi engkau.
Diperhati. Dipuisi.
Sekadar untuk mengempang hati.

Bintang, pergi.


by 27kali


Thursday, 6 June 2013

Kambing Bertiga-tiga.


kambing bertiga-tiga
tiada memeluk bahu
tiada berpimpin jemari
tiada berpaut lengan
tiada berkongsi kaki
tiga pasang semua sekali

kambing bertiga-tiga

muda keanak-anakan
terus lincah dan menyerlah
gaya lenggokkan langkah

segar seperti berjalan di awal pagi
mimik ceria wajah
tak tercalit sedikit pun unsur-unsur lelah
senyum manis bertiga-tiga

menggagalkan terikan iri Si matahari

kambing bertiga-tiga
buat hati terdetik memikir
masih wujud kah hidupan se-spesis
yang sudi bertiga-tiga di bahu jalan
yang sudi melawan arus kenderaan
yang sudi seiringan walau tiada mampu berpegangan
yang sudi menyanjung persahabatan, kerana Tuhan
yang sudi mengaku teman, sedang dunia ditinggalkan.


by 27kali


Saturday, 18 May 2013

Nak kepak. (Teringin)



Teringin nak terbang. Nak terbang macam burung, baru boleh rasa bebas. Rasa angin kuat. Kalau terbang paras tinggi boleh lari dari jelaga karbon monoksida. Kalau lah di bawah lengan ini ada kepak kiri kanan pun menarik juga. Lagi-lagi yang removable, lagi syok. Bila malas terbang, boleh lipat-lipat kepak macam kipas cina. Simpan kemas dalam kocek. Ciptaan kepak yang tersendiri untuk satu tuan. Tak boleh bagi pinjam, sebab tak akan boleh ngam.


Kalaulah aku punya kepak
Aku ingin melayang ke satu ruang
Bebas. Tanpa kebergantungan

Tanpa air, api dan udara
Tanpa sebarang atom yang berunsur sama
Tanpa pakaian, tilam empuk atau senjata
Tanpa binatang peliharaan dan kereta
Tanpa not kertas pelbagai warna

Tanpa perantara
Tanpa apa-apa
Ruang yang tak perlu bersaiz mega
Cukup dengan keluasan sederhana
Cukup sekadar muat untuk dua
Cukup-cukup untuk aku dan dia.


by 27kali





Thursday, 16 May 2013

Bulan


Sejak hari mencalit biru di kuku telunjuk kiri, diri langsung tak ter-puisi. Lidah jadi kelu. Sedangkan tak perlu bersuara pun, taip saja. Kalaulah boleh dimuntahkan segala isi puisi ini, pasti lebih senang. Lebih terang. Lebih lapang. Si jari-jemari pula merengek-rengek minta diceraikan dari tetulang. Longlai - tanda protes. Jiwa tak ghairah. Tak ada perasaan. Organ hati yang tak-pernah-pernah berganjak ini pun seperti sudah dipalsukan.

Rasa tiba-tiba ingin menjadikan
BULAN sebagai kawan.




Thursday, 2 May 2013

Malam memang sengaja.


Malam memang sengaja,
dijadikan sifar warna.

Aku berdiri
di sipi-sipi balkoni
cuba menyedut dingin wangi
mengharap jikalau masih ada saki-baki
warni pelangi
siang tadi.

Merah cinta.
Biru rindu.

Hei!
5 lagi warni mana??

Ah! Malam yang memang. 
SENGAJA.


------------------------

Di KLIBF-PWTC tempohari



Abaikan muka Si riak yang indah
 bermain aplikasi 360!
haha. Bai


Sunday, 21 April 2013



"Kau tahu tak Abu,

Kadang-kadang ke-tidakpasti-an selalu mendesak kita keliru.
Masa itu, segala jawapan dan keputusan berpusu-pusu ke langit. Menghilang. Pergi.
Kejamnya sehingga tiada satu pun yang sudi tinggal bersama kita di sini.

Semua ini macam tak adil kan Abu?"

by 27kali


Thursday, 18 April 2013

Abu dan Pelangi.




Hari ini Abu aku hilang. 
Entah ke mana gamaknya.

Pelangi pun tak nampak bayang.



Aku harap mereka bukan sepasang kekasih,
dan melaku curang.

by 27kali





-----------------------------------

Thanks you olls for this makan-makan celebration
di Nasi Ayam Periuk Besar for upcoming harijadi, iaitu esok.
Thanks senior, colleague & boss.
Semoga murah rezeki kalian.Amin.


(:



Monday, 8 April 2013

Rindu Pelangi.



baru beberapa minggu,
pelangi sudah mula aku rindu.
kalau lah boleh aku simpan pelangi ke kocek,
oh, bagaimana cara lah gamaknya.
simpan lintang-lintang supaya 7 jalurnya tak kusut terpintal?
atau simpan menegak-negak agar lurus barisnya terus kekal?
Rindu!


by 27kali



Saturday, 6 April 2013

Kocek



"Weekend ni you pigi mana? you ada kelua jalan-jalan ka?" soal Mei Lin, yang sudah memiliki dua  orang anak. Manis. Berlesung pipit.

"Tak ada, duduk rumah je kot." balas aku bersahaja.

"Tak ada?kalau tak ada kelua, mana mau jumpa boyfriend meh?" ujar Mei Lin bersungguh, dek
kerana pengalamannya dulu berkenalan dengan si suami di pusat membeli-belah.

''Kepercayaan kepada Tuhan. Rukun negara pertama meh." bisik hati.  
Nasib kau cina Mei Lin. Jadi tak perlu aku bebel panjang tentang Jodoh & Takdir.



            Aku topangkan ideologi dua hati pada Tuhan.
Tiada satu ruang pun yang sudi simpankan kisah lalu aku.
Jadi aku biarkan semuanya ke kocek, katup rapi dengan butang besi.

Aku sedang mem-pasakkan hati se-vertikal yang boleh.
Mahu selari dengan biru-biru jernih yang selalu mengiring graviti.
Rindu yang entah pada siapa ini, aku biarkan saja ia menghilir tenang.
Menanti yakin (dengan izin Tuhan) pada 'Sang Siapa' yang dalam perjalanan datang.


Telefon bimbit biru kesayangan jenis berpunat, dikeluarkan dari kocek kiri baju kurung.

"Mei Lin, i dah kunci alarm, kalau i tak sedar, u tolong kejutkan ya" pesan aku pada Mei Lin yang sedang nikmat menghirup Maggi kari di pantry office.

by 27kali


Wednesday, 27 March 2013

Gadis Mudah.

Aku gadis mudah.
Mudah lupa.
Kerap bingung , lalu keliru.

Aku gadis mudah.
Mudah mendesak.
Sering diam sendiri, bawa rajuk..

Aku gadis mudah.
Mudah tersinggung.
Menangis, dan cuba pujuk maaf.

Aku gadis mudah.
Mudah tertawa.
Sambil melindung mulut, menutup dekah-dekah.

Aku gadis mudah.
Mudah jatuh suka.
Lurus, dan percaya pada yang patutnya tidak.

Kita sama gadis.
Tapi aku gadis mudah.



*memori di Gua Tempurung,  tempohari.
Buat jurugambar.. meskipun gambar beliau tiada,
Terima kasih untuk ini. (: