Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.
Showing posts with label pelangi. Show all posts
Showing posts with label pelangi. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

Selamat, Dua Ribu Lima Belas.

Selamat berulangnya tahun baru.
Sepertinya tidak ada yang berubah.
Berada dalam posisi yang sama juga tidak.
Apa masih relevan untuk aku mengarang harapan  tahun baru?
Apa masih mungkin harus aku meneruskan impian tertunggak tahun lalu?

Hm.
Tahun baru. Tak ubah seperti tahun yang pernah aku lalu.
Penuh keajaiban.
Penuh keindahan.
Penuh dengan cinta-cinta Tuhan.
Penuh tangis tawa yang terkesan.
Penuh terisi dengan istimewanya teman.
Penuh kehidupan kerja yang terbeban.
Ya, keadaannya seperti sudah penuh.
Apa mungkin boleh aku muatkan lagi dengan permintaan baru?
(Segala puji untuk Tuhan)
Atas rasa penuh ini.
Atas rasa cinta dan kasih yang menyeluruh.
Atas kelompok kecil keluarga dicinta.
Atas teman-teman baik yg didatangi.
Atas kesibukan hidup yang membantu aku mengubati hati.

Tentang cinta dua..
Tak salah untuk masih terus menanti.
Mimpi indah bukan untuk segilintir, tapi ada untuk semua.
Nantilah dengan setia, dengan bersedia.
Hm..Buat Sang Putera Cinta,
Dimana pun kewujudan kau,
tetaplah berpendirian, tetaplah meneruskan kehidupan, tetaplah rapat disisi Tuhan sebelum dipertemukan.Tenang saja ya.

Buat nyawa,
Moga terus bernadi untuk Tuhan.
Terus bernafas untuk Tuhan.
Moga terus bangkit berusaha dalam meraih cinta Tuhan.
Sedang dunia semakin menakutkan.
Lalu, apa yang harus diharapkan lagi?
Selain hanya menjadikan Dia
tempat untuk aku terus bergantungan.

Selamat Tahun Baru Cinta!
Selamat Tahun Baru Semua!
(^__^)

Thursday, 19 June 2014

Alhamdulillah, 18 tahun.


Alhamdulillah.
Urusan-urusan penting yang tertangguh sebulan lalu,
akhirnya dibantu Allah dengan mudahnya.
Melakukan sesuatu perkara sendirian,
masih membuat diri kekok dan masih belum terbiasa.
Apa-apapun ia baik dalam mengajar diri untuk lebih sedikit berdikari.

Alhamdulillah.
Dalam doa-doa besar yang aku pohon, masih tiada satu berlaku.
Tapi tenang saja, kerana yakin hanya masanya yang belum tiba.
Namun, dalam doa-doa kecil yang aku pinta, Sebahagian besar, perlahan-lahan telah dimakbulkanNya.
Selalu aku pesannya pada diri.
Usah tamak pada Tuhan dengan meminta itu ini
selagi kau masih terus melakukan perkara yang Dia tidak suka.
Belajarlah bersyukur.

Meskipun atas perkara yang sekecil-kecil, seremeh-remeh,
dan atas perkara-perkara biasa yang kau dapat
 meskipun kau tak minta.

Alhamdulillah.
Atas beberapa pertemuan dengan beberapa teman sekilas lalu.
Kau tahu kan Allah itu tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia?
Begitulah juga aku yakin, pertemuan aku dengan beberapa manusia sekilas lalu kebelakangan ini.
Sedikit sebanyak telah membuka mata, akal & hati
untuk aku perhalusi apa hikmahnya.

Ada yang memberi tunjuk supaya aku tidak leka dengan dosa.
Ada yang mempersoalkan tujuan hidup aku adakah semata demi dunia?
Ada juga yang memperlihatkan aku bahawa tidak pernah wujud kesempurnaan hidup, kecuali syurga.

Dan buat Regina, semoga kau diberi hidayah terhadap Islam,
agar kau tahu bagaimana rasa sempurnanya jiwa
punya Islam sebagai agama.
Menerusi titip-titip doa yang tak pernah akan berhenti
dalam memberi kau harapan
Dan kebergantungan pada Allah itu
adalah ibu segala kekuatan, ketenangan dan kesenangan.

Alhamdulillah.
Dalam kesihatan yang tidak sesempurna orang lain, aku masih mampu bernafas dengan baik,
masih mampu mengemaskini blog, masih mampu menahan sabar dengan karenah manusia yang adakala tidak menyenangkan, adakalanya mengecewakan. Dan atas sahabat-sahabat kiriman Tuhan yang masih mampu bersabar dengan aku yang penuh dengan kelemahan, dan mereka-mereka yang sering menjadikan aku gadis yang mudah tawa.

Syukur, atas rezeki roti sosej satu ringgit yang dapat aku nikmati masa memandu petang tadi, atas lagu Mafarikha - Tolong (OST Cerita Cinta Kita)yang memberi mood baik untuk aku menaip panjang. Dan terakhir kali alhamdulillah atas pandangan mereka yang mengatakan rupaparas aku kelihatan umur 18.
Sekian. :)

.............................................................................

Hasil dekorasi buatan tangan saya - terapi jiwa.



"We can take the long way out
To the country, out of town
Let's get lost, I don't want to be found"







Monday, 31 March 2014

Selamat datang, APRIL


(source : pinterest.com)


Buat kau April, selamat datang.
Bertemu dengan kau kali ini benar-benar menghayun lebih dari satu perasaan. Aku anggap kali ini bukan gangguan syaitan. Rasa ini, membenih sejuta debar. Nafas seperti tidak sabar mengejar nadi getar. Hey, kau dengar kan April?. Aku tidak pernah menanti hadir kau. Dengan tercatatnya diri kau pada telefon bimbit jenis picit ini, buat leka aku tersedar. Entah apa yang mungkin berlaku antara kita. Entah apa yang bakal kita lalui bersama. Entah suka, entah mungkin duka. Entah mungkin ada beberapa bintang di langit yang dapat aku gapai. Atau mungkin hanya dapat menjenguk jauh langit hitam, tatkala bintang sepurnama ini mencuba padam.  


Buat kau April, salam sayang.
Jujur aku, tiada lah istimewa tentang pertalian kita. Ia sebenarnya lebih dekat dari mengenang saat paling duka. Hey April, kau tahu aku kuat bukan? (senyum) Mana mungkin aku jatuh, sedang aku lah yang paling gemar kau sambut. Mana mungkin mata kembali menangis, sedang sinar kau lah telah menghayal aku dengan seluruh magis.(senyum)


Buat kau April.
Terima kasih kerana datang. Tidaklah aku memanggil harap. Cukup dengan ucap gembira menyambut kau tiba. Kita kan jarang jumpa. (senyum). Oh ya, maaf. Kerana tiada bunga api mahupun belon udara. (keluh). Berharap sangat mendapat cuti rehat tiga puluh satu hari atas kepulangan kau. kalau boleh mahu dapat berdua. Tak mahu ada siapa-siapa. Berdirian dua dengan kau itu satu-satunya penenang jiwa. Kau tahu April, sepanjang ketiadaan kau, aku telah menghadap bermacam-macam keadaan dan manusia. Mereka tak seperti kau. Tepat janji. Seperti janji kau yang tak pernah mungkir untuk muncul semula. 


April, Kau faham aku kan April? degil aku. bimbang aku. dan tawa-tawa yang berjaya mengempang jiwa dari berkaca. Tolong heret aku pergi kali ini April. Aku penat. Benar-benar perlukan rehat. Mohon rangkul aku erat. Bersama hamparan langit yang terpaling dekat. Aku ingin benar berada di situ. Agar hilang ketakutan semalam. Agar lena aku tidak lagi dipermainkan mimpi-mimpi kejam. Agar hanya ada aku, kau dan malam.


April
kau tahu kan,
Tuhan kita itu mendengar setiap apa yang kita rintihkan.
Dan aku yakin, Dia sedang makbulkan.


....................................................................................


Semoga segalanya baik-baik. Amin! (>_<)







Thursday, 20 March 2014

Baik saja begini.


Baik saja begini.
Kau yang terus tiada, sedang aku masih cuba begini.
Kau yang terus tiada, sedang aku masih leka mentafsir mimpi.

Tindakan kau yang membiar ini
sedang membunuh satu-per-satu memori.

Ya,baik saja begini.



Berharap,
darah ku kini baru,
pekat, dan merah jambu.


Saturday, 14 December 2013

Aku hanyalah GADIS biasa.

Aku hanyalah gadis biasa.
Baru ditinggalkan sekali,
namun sakitnya aku sudah mula terbiasa.

Aku hanyalah gadis biasa,
Mengesat di hujung lengan baju
airmata-airmata kecewa.

Aku hanyalah gadis biasa
Mengingat kisah lalu kerapkali sebelum pagi
Tiba siang
aku masih seperti biasa berhibur ketawa

Usah risau...
Buat aku, ini perkara biasa.

Yang aku bimbang...
Harap kau tak apa-apa.






Thursday, 31 October 2013

Kau di mana ya?


Kau di mana ya
puas aku cari tadi pagi

Aduhai,
tak usahlah selalu begini
menghadir diri 
dalam mimpi-mimpi aku lagi

Kau sendiri tahu bukan
betapa indahnya perasaan datang
betapa sakitnya andai sesuatu terpadam hilang

Kau sendiri tahu bukan
akan sukanya aku pada kau
pada senyum yang manis-manis
pada gigi kecil yang berbaris-baris

Kau di mana ya
tolong, jangan tiada.








Monday, 30 September 2013

Langit.

hey langit tinggi
heyy langit!!

terkejut dengan keberadaan aku bukan?
hey, (: senyum ini untuk kamu
teriakkan aku ini kali
cuma mahu menyatakan
bahawa aku tidaklah keseorangan
tidaklah sendirian
meskipun aku yang dulu
pernah ditenggelam-sepikan
kejam-kejam ditinggalkan.

hey!
aku masih ada kamu bukan?
kamu itu..yang tanpa sedar
sedang setia-setia membumbung aku
bersama tabur-tabur bintang
yang indahnya tak mahu aku bilang.

hey langit,
terima kasih kerana masih bergelap di situ
di hamparan tinggi paling ter-atas
meskipun kesal tak daya dimilik
tetap mahu aku berterima kasih
kerana memberi izin
untuk kamu terus-terus diperhati (dari sini).


by 27kali

Monday, 15 July 2013

Sang Pencinta Awan.


Sang Pencinta Awan,
sekali lagi
sentuhan langit-langit malam ini
benar-benar tajam melukakan
memutar jejari ingatan aku pada bayang-bayang biru
puas dicuba menidakkan
namun tetap tak reti-reti mahu memaling.

Saat itu,
watak sepasang rerama putih
riang menebar sayap menyusuri pelangi
bahagia membiar warninya terbias tinggi
bersama taburan puisi janji.

Sang Pencinta Awan,
cinta merah jambu yang sama dulu pernah kita genggam
biarkanlah ia menjadi hitam
berubah kelabu atau hijau kelam
biar suram
biar padam.

Andai tiba nanti takdir merisik
datanglah (hanya) kepada aku
akan aku berikan kau bayang-bayang baru
bayang UNGU.


by 27 kali

Thursday, 2 May 2013

Malam memang sengaja.


Malam memang sengaja,
dijadikan sifar warna.

Aku berdiri
di sipi-sipi balkoni
cuba menyedut dingin wangi
mengharap jikalau masih ada saki-baki
warni pelangi
siang tadi.

Merah cinta.
Biru rindu.

Hei!
5 lagi warni mana??

Ah! Malam yang memang. 
SENGAJA.


------------------------

Di KLIBF-PWTC tempohari



Abaikan muka Si riak yang indah
 bermain aplikasi 360!
haha. Bai


Thursday, 18 April 2013

Abu dan Pelangi.




Hari ini Abu aku hilang. 
Entah ke mana gamaknya.

Pelangi pun tak nampak bayang.



Aku harap mereka bukan sepasang kekasih,
dan melaku curang.

by 27kali





-----------------------------------

Thanks you olls for this makan-makan celebration
di Nasi Ayam Periuk Besar for upcoming harijadi, iaitu esok.
Thanks senior, colleague & boss.
Semoga murah rezeki kalian.Amin.


(:



Saturday, 13 April 2013

Hai Pelangi.


Hai pelangi.
hari ini kita jumpa lagi
bukan dalam gerimis, tapi lain versi
muncul di celah lapisan kertas bersegi
bersama 7 lorekkan warna pensil 2B
yang dua dimensinya hanya wujud di alam mimpi.
Ya. Mimpi.

by 27kali



Monday, 8 April 2013

Rindu Pelangi.



baru beberapa minggu,
pelangi sudah mula aku rindu.
kalau lah boleh aku simpan pelangi ke kocek,
oh, bagaimana cara lah gamaknya.
simpan lintang-lintang supaya 7 jalurnya tak kusut terpintal?
atau simpan menegak-negak agar lurus barisnya terus kekal?
Rindu!


by 27kali



Monday, 25 March 2013

Pelangi 1 nisbah 1


Dengan sepenuhnya hari ini aku lalui tenang.
Tuhan aku yang beri aku nikmat itu.

Rasa seperti baru sahaja 
selesai menyaksikan satu per dua pelangi tempoh hari.
dengan cuaca yang seperti berulang siaran
aku pasrah bila mana kelibat pelangi ku jenguk tiada.

Tapi petang tadi,
pelangi itu kembali diperlihatkan.
Tuhan aku yang beri aku nikmat itu.

"patutlah tak jumpa."
"di sini kau rupanya.." 
keluh si hati lalu mengundang sebaris senyum.

Kau berada di paksi yang berbeza.
hampir buat aku tak jumpa.
namun,keteguh-lengkungan kau sedikit pun tak berganjak.
aku terus kagum. puas.
dan Tuhan aku yang beri aku nikmat itu.

Sebagai mana mudahnya
esak-kan si mata ini kau deraikan.
sebegitu jugalah mudahnya kau
perlihatkan pelangi 1 nisbah 1 kepada aku petang tadi.

Kebahagiaan ini masih diselaput bangkai kesedaran
seperti gagalnya aku
dalam mengenalpasti di manakah kedudukan
kaki pelangi 1 nisbah 1 tadi berdiri.
jadi, dengan sebulat pergantungan dan sfera pengharapan
aku yakin,
Kau Tuhan aku.
dan Kau lah Tuhan aku yang beri aku nikmat itu.

by : 27 kali



Thursday, 7 March 2013

Pelangi


sekembalinya dari tanggungjawab
petang tadi
aku lihat pelangi.
yang ini aku tak tipu, cerita betul
kan sekarang musim hujan menyinggah petang.

aku lihat pelangi.
kagum teruja seperti tak matang
kebesaran Tuhan itu indah.

aku lihat pelangi tadi.
sayangnya cuma satu per dua.
rabun membuatkan warninya pudar
tapi tak apa,
bilangannya tetap seperti dulu
masih 7, tak berubah langsung.

aku dah selesai melihat pelangi tadi,
tapi mengapa hujan tak mau pergi?
oh ya, aku lupa teori sains darjah 5 dulu
jika hujan henti menempias, pelangi pergi.
begitu manja-nya pelangi dengan hujan
tak ubah seperti manusia berkasih.

sekarang dah malam
dan aku masih ingat pelangi petang tadi...

terima kasih Pencipta
kerana Kau, aku diberi kebenaran melihat
atas dasar sayang Kau pada aku
aku ingin pohon sesuatu.

tolong realitikan di setiap pandangan rabun aku
tolong selarikan aku dengan barisan jejari pelangi tadi
supaya aku kekal teguh melengkung
meskipun tiada tetulang yang menyokong

untuk hari ini dan mendatang
tolonglah pelangi-kan aku.

by : 27 kali


* After all my strength is gone, and YOU i can be strong.
I look to you Allah.