Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.
Showing posts with label Insta-Post. Show all posts
Showing posts with label Insta-Post. Show all posts

Thursday, 26 November 2015

Syurga - Hitam

Menyedari hari-hari kau yang terpanggil
Secalit jemu tak pernah aku biarkan hadir.

Cinta jenis apa ini?
Tanpa perlu bersuara.
Tiada perlu berbahasa.
Tapi cukup untuk penuhi segenap rasa.

Cinta jenis apa ini?
Tak mampu dikenang
Tak mampu dibicara.

Hanya dengan kelibat kau di foto saja
Pecah segala empangan di mata.

Hey.
Sakit bukan?

Apabila telah menyayangi tanpa sebab.
Apabila telah memberi kasih tanpa apa-apa harap.

.....................................................

Selamat kau ke syurga sayang.
Semoga bertemu lagi, insyaAllah. 💟😢🐈

Hitam : 26 November 2015, Khamis, sekitar 6.30 petang, akhir nyawa di jalan depan rumah di langgar kereta.

Tuesday, 3 November 2015

Kau rasa puas?

Kepuasan hidup ini terlalu mudah untuk kau peroleh. Samada untuk perihal dunia, akhirat atau kedua-duanya ingin kau bolot sama. Kata kuncinya hanya satu iaitu, 'sungguh-sungguh'.

Kalau jahat yg kau mahu, bersungguh-sungguhlah hingga dapat. Dan kau akan peroleh puas. Akibatnya kau sendiri tanggung.

Kalau baik yang kau mahu, bersungguh-sungguhlah cuba sedaya mampu. Kalau dapat, kau puas dunia puas akhirat. Kalau tidak berjaya pun, dengan sabar.. puas akhirat kau dapat.

Namun ada puas yang bersifat 'di antara'. Maksudnya, puas itu bukan hanya bila kau berjaya peroleh hasil yang kau mahukan itu. Tetapi ia boleh kau dapat dalam setiap detik yang kau lalui. Dengan syarat adanya penghayatan, kepercayaan, penghargaan, rendah diri dengan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Dalam kata lain, berlapang dada dan tawakkaltu'alAllah.

Misalnya, kau mahu jadi cantik. Tapi tak mampu beli produk. Kau cuba air beras untuk putih kulit. Lepas dua kali cuba, give up. Kau cuba pula tempek bedak sejuk. Tapi kau alah debu bila bedak tu kering. Then kau usaha lagi, usaha lain dan lain. Hasil kadang tu memang tak jadi, tapi kau puas. Puas dengan usaha kau sendiri. Puas dengan apa yang kau percaya dan kau sendiri lalui.

Kepuasan hidup kita semua ni tak sama. Kalau cantik yang buat kau puas, terserah. Kalau jadi kaya buat kau puas, terpulang. Kalau pangkat tinggi , gaji besar, kereta harrier yang buat kau puas, itu sukahati kau lah. Yang penting, jangan sampai kepuasan yang kau peroleh itu buat kau riak lalu merendah-rendahkan orang sekeliling kau.

Sekali lagi,
kepuasan hidup kita semua ni tak sama. Bolehjadi dengan memiliki kulit putih buat kau puas, tapi pada aku tidak. Bolehjadi. 🌚

.............................................................................

Hei! Lihat burung-burung tu. Aku tak pasti mereka ada ratus atau ribu. Yang jelas mereka terbang puas dalam renyai hujan. Dan aku selaku hamba hina, hanya mampu melihat puas indahnya ciptaan Tuhan.

Saturday, 7 February 2015

Kita ni bukan orang senang.

Kita ni bukan orang senang.
Tiap tiap hari boleh beli beg tangan baru.
Tiap tiap bulan pun tak.
Tiap 6 bulan sekali pun tak.
Kalau ada pun satu.
Bukannya ada pilihan hijau ke, merah atau biru.

Brand? Jauh sekali.
Jauh panggang dari api.
Jauh kapal dari laut.
Jauh mulut dari makanan.
Jauh Perth dari Perak.
Memang jauh.

Tapi murah murah pun kita sayang.
Sayangnya tak selalu pakai.
Lalu mereput bila tiba masa.

Ini takdir Tuhan.
Kena redha. Kena sabar.
Ada duit, beli baru. Okay? 🙆

#toletgototongsampah

Saturday, 10 January 2015

Sebenarnya, kita nak pergi Perth.

Aah.
Sebenarnya kita nak pergi Perth.
What??
Memang mustahil. Memang tak mungkin.
Sebab tak ada sesiapa nak belanja kita kan.
Ini lah tabung yang dibuat khas untuk kita ke Perth.
What??
Aah. Memang mengarut.
Memang tak munasabah munaperak munafendi.
Nak masuk dalam mimpi pun tetap tak akan mampu nak pergi Perth munah oii.

Ini tabung kitar semula.
Cap MariGold.
What??
Aah. Memang murah. Memang mudah.
So what??

Ohh Perth. Ohh Perth.
Apa yang menarik?
Tak tahu. Tak tahu.
Cuma nak sembang dengan koala bear
Nak cuba masuk poket kangaroo.
Apa yang menarik?
Tak tahu tak tahu.
Tahu tahu dah tertarik.

Hei, sebenarnya kita nak pergi Perth.
Hei, sebenarnya kita nak pergi Perth.
Korang dengar tak?
Whateverrr.

Sebenarnya, kita nak pergi Perth.
Sebaik tabung ni penuh 8 ribu,
moh kita pergi umrah dulu.

Sekian.

Tuesday, 9 December 2014

Hilang [4]

Lokasi : ruang tamu

Mood : tak stabil

Jam : 21:00 

Alatan : Zenfone 6

Lagu : Adi Permana - Pergilah

............................

Barangkali, ini hanya bingung.
Yang cuba merosak ruang fikir,
Yang cuba menjarak kewarasan
dari hadir.

Barangkali, ini hanya bingung.
Menjadikan kau
keliru untuk berkeputusan,
Hingga sekali lagi kau jatuh
tak berpenahan.

Barangkali, ini hanya bingung.
Yang menyumbang
pada tangis-tangis kecil,
Yang mengundang
harapan yang tak mungkin.

Barangkali, ini hanya bingung.
Yang datang malam hari,
lalu menghilang bila pagi.

..............................................


To beloved friend : love you & thanks! ^_^

Thursday, 19 June 2014

Alhamdulillah, 18 tahun.


Alhamdulillah.
Urusan-urusan penting yang tertangguh sebulan lalu,
akhirnya dibantu Allah dengan mudahnya.
Melakukan sesuatu perkara sendirian,
masih membuat diri kekok dan masih belum terbiasa.
Apa-apapun ia baik dalam mengajar diri untuk lebih sedikit berdikari.

Alhamdulillah.
Dalam doa-doa besar yang aku pohon, masih tiada satu berlaku.
Tapi tenang saja, kerana yakin hanya masanya yang belum tiba.
Namun, dalam doa-doa kecil yang aku pinta, Sebahagian besar, perlahan-lahan telah dimakbulkanNya.
Selalu aku pesannya pada diri.
Usah tamak pada Tuhan dengan meminta itu ini
selagi kau masih terus melakukan perkara yang Dia tidak suka.
Belajarlah bersyukur.

Meskipun atas perkara yang sekecil-kecil, seremeh-remeh,
dan atas perkara-perkara biasa yang kau dapat
 meskipun kau tak minta.

Alhamdulillah.
Atas beberapa pertemuan dengan beberapa teman sekilas lalu.
Kau tahu kan Allah itu tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia?
Begitulah juga aku yakin, pertemuan aku dengan beberapa manusia sekilas lalu kebelakangan ini.
Sedikit sebanyak telah membuka mata, akal & hati
untuk aku perhalusi apa hikmahnya.

Ada yang memberi tunjuk supaya aku tidak leka dengan dosa.
Ada yang mempersoalkan tujuan hidup aku adakah semata demi dunia?
Ada juga yang memperlihatkan aku bahawa tidak pernah wujud kesempurnaan hidup, kecuali syurga.

Dan buat Regina, semoga kau diberi hidayah terhadap Islam,
agar kau tahu bagaimana rasa sempurnanya jiwa
punya Islam sebagai agama.
Menerusi titip-titip doa yang tak pernah akan berhenti
dalam memberi kau harapan
Dan kebergantungan pada Allah itu
adalah ibu segala kekuatan, ketenangan dan kesenangan.

Alhamdulillah.
Dalam kesihatan yang tidak sesempurna orang lain, aku masih mampu bernafas dengan baik,
masih mampu mengemaskini blog, masih mampu menahan sabar dengan karenah manusia yang adakala tidak menyenangkan, adakalanya mengecewakan. Dan atas sahabat-sahabat kiriman Tuhan yang masih mampu bersabar dengan aku yang penuh dengan kelemahan, dan mereka-mereka yang sering menjadikan aku gadis yang mudah tawa.

Syukur, atas rezeki roti sosej satu ringgit yang dapat aku nikmati masa memandu petang tadi, atas lagu Mafarikha - Tolong (OST Cerita Cinta Kita)yang memberi mood baik untuk aku menaip panjang. Dan terakhir kali alhamdulillah atas pandangan mereka yang mengatakan rupaparas aku kelihatan umur 18.
Sekian. :)

.............................................................................

Hasil dekorasi buatan tangan saya - terapi jiwa.



"We can take the long way out
To the country, out of town
Let's get lost, I don't want to be found"







Wednesday, 11 June 2014

Puteri Adiralea


Puteri Adiralea.
Kau tahu sesuatu?
tentang satu rasa 
yang sering membuai dikau dalam jaga
tidur seharian indah
berjaga seluruh saat pun tak akan
pernah membuat diri kau lemah.

Kau percaya sesuatu?
bila cinta percuma kau beri
segala himpunan jiwa pasti berbalas kembali
ada kasih, ada rindu yang dinanti-nanti
ada sayang yang pernah dulu kau impi.

Hey Puteri Adiralea,
curahkan saja segala rahsia pada Sang Bulan
pejamkan mata mu sejenak
nikmati setiap bias-bias cahayanya
yang diam-diam meratah wajah

dan

andai ada degupan debar menyoroti hingga pagi
itu CINTA, pasti.

............................................................


When you love someone
Your heartbeat beats so loud
When you love someone
Your feet can't feel the ground!
Shining stars all seem to congregate around your face
When you love someone
It comes back to you.
.........................................



Wednesday, 16 April 2014

Laki-laki.



laki-laki berani adalah yang sentiasa dalam mengungkapkan yang benar.
laki-laki kuat adalah yang tenang diam tika dia punya ruang untuk menentang.

laki-laki pemalu adalah tunduk dari melihat-lihat p e r e m p u a n.
laki-laki santun adalah yang tiada kasar, tiada kotor, tiada bohong dalam bicaranya.

laki-laki segak adalah yang mesranya berpada-pada.
laki-laki kacak adalah yang berhati-hati dari gerak lakunya
bimbangnya bukan pada manusia
gentarnya bersungguh terhadap fitnah & dosa.

kau rasa
masih wujudkah lagi laki-laki jenis ini?


aku rasa tidak.
selagi gerak fikir, nafsu berahi, kasih dan janji
masih tak mampu mereka tumpu pada hanya SE-ORANG isteri!


Wednesday, 19 March 2014

Rindu



Kadang kita lupa
untuk berterima kasih.

pada ribu-ribu jarak
pada batu-batu jauh.

kerana bawa-kan pada kita R I N D U.


Thursday, 6 March 2014

Kambing.



"We sometimes realise the value of the people kambings in our lives only after losing them. Appreciate others kambings."


-------------------------------
Sepatutnya ini lah masanya aku membuat sedikit ulangkaji.
Namun nafsu mengemaskini blog adalah lebih menjanjikan kenikmatan jiwa.
Berharap esok berjaya menjawab dengan pengalaman yang setahun jagung.

^_^



Thursday, 31 October 2013

Kau di mana ya?


Kau di mana ya
puas aku cari tadi pagi

Aduhai,
tak usahlah selalu begini
menghadir diri 
dalam mimpi-mimpi aku lagi

Kau sendiri tahu bukan
betapa indahnya perasaan datang
betapa sakitnya andai sesuatu terpadam hilang

Kau sendiri tahu bukan
akan sukanya aku pada kau
pada senyum yang manis-manis
pada gigi kecil yang berbaris-baris

Kau di mana ya
tolong, jangan tiada.








Wednesday, 25 September 2013

Dua Cinta.


Duhai dua cinta,

Andai ucap itu yang membahagiakan kamu
Aku ingin sekali membaris kata lebih dari itu.

Andai serangkap tadah doa sudah cukup buat kamu.
Akan aku cuba menghimpunkan lebih dari itu.

Andai hari perulangan ini yang menceriakan kamu
Aku harap keberkatan Tuhan penuh mengiringi detik itu.


Duhai dua cinta,

Disepanjang keberadaan jauh kamu
Terus-terus lah mengikut arus yang telah ditakdirkan itu
Jangan pernah lelah menikmati angan-angan indah
Jangan pernah sesak dengan bisik-bisik manusia yang hanya melemah.
Kita yang milik Tuhan,
Bersandar-teguh lah sabar & redha pada ketentuan.


Duhai dua cinta,
Selamat hari kelahiran.




Thursday, 12 September 2013

Senyum itu.

Apabila senyum itu tepat-tepat menuju ke aku
Aku jadi gementar malu.
Lalu dipaksa jemari-jemari ini saling menekan erat
Menahan degupan yang semakin pantas berledakkan.
Dengan berharap,
kelibatnya terus hilang 
atau lebih baik ia tak seharusnya datang.

Ternyata..
Debar itu, bukan lah memberat di telapak kanan atau kiri.

Ternyata..
Rasa itu, bukan lah suatu objek yang boleh dihalang dari mendekat ke hati.

Ternyata..
Tanpa sedar..

Senyum dia yang sekali itu, telah berani-berani mengambil ruang di sebahagian hidupnya memori.

by 27kali




Saturday, 31 August 2013

Sahabat.

Sahabat itu,
Berbaik sangka. Berkata  yang benar.
Ikhlas di setiap gerak lakunya.
Di depan mata peneman setia.
Di belakang kita pendoa rahsia.
Pemberi yang tak meminta.
Sedar tak sempurna, tapi membantu selagi upaya.
Marahnya seketika.
Maafnya tanda kasih yang nyata.
Dia, pemelihara aib & rahsia.
Dan pembahagia semua.

Kita. Tiada satu sempurna.
Maka, sahabat itu usahlah terlalu dicari.
Kita hanya perlu MENJADI.







Sesungguhnya kepada Tuhan kita datang. Kepada Tuhan kita kembali.

*(Remindmyself) (:

Saturday, 6 July 2013

Rompong.


Tiada saat paling jatuh untuk seorang perempuan,
Yang sering cuba memperbaiki rompong keperibadian.

Tatkala dia menyapa isi dapur,
Mereka menolak kehadirannya mentah-mentah.

Gagal. 





Friday, 5 July 2013

Bintang, pergi.




Bintang. 
Entah apa-apa entah yang istimewa ada pada engkau.
Aku sendiri bingung memastikan. 

Degil yang masih ini.
Terus-terusan ingin menyatakan tentang khayal-khayal malam.
Terus-terusan ingin membiaskan diri pada angan-angan silam.

Bintang. 
Entah apa untungnya menjadi engkau.
Diperhati. Dipuisi.
Sekadar untuk mengempang hati.

Bintang, pergi.


by 27kali


Saturday, 22 June 2013

Mahu-Perlu


kita mahu apa yang kita mahu. kita mahu apa yang kita perlu. 
kita tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita perlu. 

kita tak dapat mahu.
kita tak dapat apa yang kita mahu.
tapi kita tahu apa yang kita mahu itu perlu.
kita dapat perlu.
tapi kita tak tahu apa yang kita perlu itu perlu.
tapi perlu itu kita mahu.

kita mahu. kita mahu apa yang orang mahu.
kita perlu. kita perlu apa yang orang perlu.
perlu itu kita atau orang?
mahu itu kita atau orang?

Cemburu.

by 27kali






Saturday, 8 June 2013

Kenapa kita macam ini.


Bila ditimpa susah.
Kita mula nak melekatkan harapan pada orang. 

Mula nak bergantung. 
Mula meletak jangkaan yang kita cipta pada orang lain. 
Dengan yakin orang lain itu boleh genggam kemas tangan kita, dan bawa kita pergi jauh dari sini.

Bila kita tak kuat seorang.
Kita mula desak orang lain duduk dekat kita untuk faham. 
Paksa orang lain masuk dalam kotak beban kita
Heret orang lain untuk berkongsi imajinasi sempit kita.

Tapi
Bila semua gagal.
Bila kita ditinggalkan mentah-mentah.
Kita mula menuduh orang lain tak pernah peduli.
Lalu kita hilang kepercayaan. Pertimbangan. Dan harapan yang tadi.
Lalu kita terus dihimpit rasa dipinggir. 
Tak dihargai. Dan mula membenci.

Kenapa kita macam ini?
sebab kita lupa.


Tuhan.


by 27kali



Thursday, 16 May 2013

Bulan


Sejak hari mencalit biru di kuku telunjuk kiri, diri langsung tak ter-puisi. Lidah jadi kelu. Sedangkan tak perlu bersuara pun, taip saja. Kalaulah boleh dimuntahkan segala isi puisi ini, pasti lebih senang. Lebih terang. Lebih lapang. Si jari-jemari pula merengek-rengek minta diceraikan dari tetulang. Longlai - tanda protes. Jiwa tak ghairah. Tak ada perasaan. Organ hati yang tak-pernah-pernah berganjak ini pun seperti sudah dipalsukan.

Rasa tiba-tiba ingin menjadikan
BULAN sebagai kawan.




Saturday, 4 May 2013

Ini pertama kali-lah.



Berpusu-nya manusia kembali ke kampung. Seperti meraikan perayaan. Ya. Perayaan yang memerlukan keputusan. Satu keputusan dari setiap satu tangan. 

Namun, bagi si gadis tengah-tengah. Dia masih mengira-ngira untuk tindakkan esok. Masih tersisa rasa keliru. Sedangkan hanya tinggal beberapa jam waktu penentu. Apa yang jelas padanya, ini lah waktu penyatuan keluarga. Walau gamat mendukung lain-lain warna bendera, tetap ke lokasi memangkah dengan satu kereta. Bersama. Dingin malam ini sarat dengan cinta-erat keluarga. Nilai ini ter-kadang lebih penting dari esok hari. Mungkin. Buat si gadis tengah-tengah, menikmati kek cokelat 'indulgence' adalah begitu mengasyikkan. Buat dia terus cair berfikir, hanya Islam dan keamanan hidup yang diinginkan. Bersandar kepada Tuhan. Moga digerakkan tangan pinjam ini kepada dua garis menyilang, dengan pasti dan tenang.

Selamat mengundi pada esok hari 5.5.2013 (Ahad).
Terutama buat yang pertama kali mengundi. (kita sama). Selamat menunaikan tanggungjawab, bersama.



PRU-13. Ini pertama 'kali-lah'! :) - selamat malam.