Perasaan itu tiada bertulang.
Dia tahu berdirinya lemah. Sendirinya payah.
Sedar tak
bertopang, tapi masih degil tak mahu dipegang.
Perasaan itu tiada
segi. Tiada paksi.
Buat jiwa merasa
fleksibiliti.
Atmosferanya tiada disekat-sekat.
Gerak hatinya tiada
juga diikat-ikat.
Pernah hilang, dan
kembali datang.
Perasaan itu
bernadi.
Bila saat dia di
luar normal, denyutan jadi bersepah.
Lalu berlaga-laga indah.
by 27kali
No comments:
Post a Comment