Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.

Sunday, 2 June 2013

Pesan kakak.


Bukan senang nak hidup di tanah orang. Baru pijak setapak dua pun boleh diungkit sumpah seranah seluruh 7 keturunan. Bukan senang bila dunia ini kita kongsi dengan orang. Macam-macam perangai. Kadang tu tak tahu yang buruk itu memang wujud ketika kita masih fetus atau terwujud bila umur kita cecah genap 18 tahun.

Mata ni kalau pandang wajib nak ke atas ke bawah. Kalau boleh nak imbas kat bawah pijakkan kaki, mana lah tahu kot-kot pakai jenama kasut sama, baru geng.  Muka kalau tak cun, tak boleh satu kumpulan. Kurang-kurang kulit muka mesti nak putih segar macam pakai aplikasi 360. Kalau masih ada yang guna telefon mudah alih yang ber-pad kekunci jenis picit, silap-silap boleh sampai kena pukul atau dibuang asrama.

Bahaya dunia ni, kadang lebih ngeri dari ke-tidak-logik-an akal. Bukan senang menumpang ruangan orang. Baik beradab cantik kaya pemurah pandai mana pun orang-tidak-suka itu wujud merata-rata. Hati orang-tidak-suka itu sayangnya kita tak boleh baca. Jadi, jaga diri. Sebab riak ujub sombong perasangkaburuk itu benda yang mudah-mudah dibisik ke hati-fikir kita. Rezeki yang Tuhan bagi, bukan untuk kita lambung ke langit agar diperhati kelibat isi bumi. Kalau boleh sorok, sorok. Sorok diam-diam untuk kongsi-tolong orang. 


Pesan kakak, 
orang-tidak-suka itu macam habuk kat lantai bilik. Selagi habuk tu tak menganggu, buat-buat tak nampak sahaja. Kalau sudah tahap mengganggu emosi mata dan pijak-an telapak kaki, pergilah ambil penyapu dan tolak masuk ke penyodok, humban elok-elok ke bakul sampah di tepi sinki dapur. 

Pesan kakak,
orang-tidak-suka itu harus dikasih dan dibimbing. Sebab kadang mereka kurang benda macam tu.

Pesan kakak,
Kita tak perlu pilih-pilih yang mana boleh dijadikan geng. Tuhan dah tetapkan manusia mesti hidup dengan kumpulan manusia. Jadi hanya tolong kekalkan diri dalam bentuk manusia.

Pesan kakak,
Setiap nafas, gerak geri, daya usaha, duduk bangun kita untuk Dia. Betulkan niat. Ingat.


-----------------------------------------


Selamat Berminggu-orientasi, adik. (:



No comments:

Post a Comment