Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.

Sunday, 23 April 2017

Hilang ke Perth (5 hari 4 malam) - Hari 3

Hari 3
14 April 2017 (Jumaat)

7.30 am :
Valley Fresh Produce √

● Memetik buah, epal. Bayaran masuk $3. Harga buah telah ditetapkan mengikut saiz bucket, dan jika buah sedikit akan dikira timbang. Selain epal ada juga buah-buahan lain, dan sayur-sayuran. Kami ambil epal sahaja. Pemilik ladang adalah orang Malaysia, Puan Ina dan suaminya. Boleh ke page facebook beliau Valley Fresh Produce untuk maklumat lebih lanjut.


|Valley Fresh Produce|

(Disebabkan 14 April 2017 adalah Good Friday, kedai-kedai dan pasaraya hampir kesemuanya tutup pada hari ini, memang kelihatan seperti pekan mati, sebab tak ramai orang keluar. 😅)

Kafarela's Vineyard (non alcoholic grape juice) , Swan Valley √

● Kedai ini sepatutnya tutup, tapi atas keramahan penjaga kedai tersebut Allison dan kawannya, mereka membuka kedai tersebut untuk kami. Alhamdulillah, rezeki. Mereka sangat peramah dan mesra. 😊 Di Kafarela's ada menyediakan 'non alcoholic grape juice', madu, jem anggur, jem buah delima. Harga sekitar $6 - $9 untuk setiap botol/ balang jem/ 1kg anggur . Kami sempat berpeluang merasa beberapa jus anggur, memang sedap! Selain itu terdapat juga ruangan yang menjual patung mainan, kaftangan dan barang-barang antik dan unik koleksi peribadi pemilik kedai tersebut.

The Margaret River Chocolate Co. √
● Boleh rasa coklat secara percuma dan beli coklat untuk bawa balik.



Yahava Koffeeworks
● Tutup. 😭


Miirabooka Mosque
● Tak jadi singgah, sebab lelaki solat jumaat.

Megabes Product, E Shed Markets, di Fremantle
● Disebabkan Megabes Product di Malaga tutup, jadi kami ke cawangan lain di E Shed, Fremantle. Di sini terdapat pelbagai barangan cenderamata, dengan harga yang berpatutan.
● Berjalan-jalan di sekitar Fremantle dan Fremantle Market.



5.30 pm :
● Balik ke penginapan, packing beg untuk di simpan di locker airport (Smarte Locke).

24 hrs : $14 (medium size)
Shorterm parking : $7.4 (30 minutes)

|Tiket Parking dan Locker di Perth Airport, Terminal 1|

No comments:

Post a Comment