Life is like a camera. Just focus on what’s important and capture the good times, develop from the negatives and if things don’t work out, just take another shot.
Thursday, 18 April 2013
Kad Merah Empat Segi.
Kad merah empat segi sebesar telapak tangan. Wajib bawa. Jenuh mak bebel mengingatkan. Sebab kadang aku lupa. Last minute, selalu yang patut ingat tu lah yang aku patutkan untuk tinggal. Daya ingatan aku lemah. Tapi aku bukan pengidap sebarang penyakit berjangkit sekitar otak. Walaupun kadang itu aku fikir 'mungkin' ada. Sebab kebarangkalian itu sentiasa wujud selagi aku tak pernah menjalankan pemeriksaan kepala.
30 minit jarak ke hospital. Cuba tenang. Sedikit kalut, sebab ini kali pertama mak tak dapat meneman. Kereta kancil biru hakmilik mutlak emak inilah yang banyak beri nilai sentimental pada kehidupan baru aku. Dan paling banyak mengundang kemarahan jalanraya bagi kelompok manusia yang tiada iman untuk sabar. Kejap 60km/j kejap 78km/j.
Berkurung hitam pekat penuh. Tak ubah macam meraikan hari kematian. Kolot manusia, memang tak akan habis. Kasi nyah saja dari telinga. Jadi asal aku selesa itu aku sarung. Nombor giliran 1004. Aku suka 4, sebab bulan kelahiran. Macam sweet-sweet gitu. Tak 'ong'?Ah.Karut yang boleh dicarut.
Dipanggil doktor. Tanggal selipar. Baring. Lighting on. Muda, bertubuh genit, pasti cina. Dengar loghat bualannya dengan jururawat, ini seperti pertama kali dia masuk kerja. Mungkin baru tamat training. Atau mungkin bawa sedikit pengalaman lama dari Sarawak. Tak pasti dengan apa aku dengar. Jelas-jelas aku mula gentar. Sempat lagi diam-diam aku doa. Tuhan aku. Dia satu-satu tempat rujukkan hati yang aku ada. Cukup hanya Dia.
"22 sound. 23 24 sound. 25 caries, 26 sound, 27 caries, 28 caries". Meskipun taraf pendidikan aku dan doktor tak jauh beza, hanya lain cabang bidang. Jadi tidak faham itu aku merasakan lebih baik. Atau buat buat tak faham adalah jalan terbaik. Supaya kegelisahan hati tak kencang. "Gigi you ada rosak teruk, you mahu tampal atau cabut?". Bukankah itu tanggungjawab golongan berjaket putih menentukan yang terbaik? Perlu ke aku pura-pura tenang berkeputusan? sedang aku sendiri tak tahu apakah tindakan orang awam jika diberi pilihan sedemikian. Kalau lah punya masa panjang, mungkin sempat untuk aku edarkan helaian kaji selidik kepada 100 orang responden secara rawak.
Tampal. Sedar separuh kudrat menangkis sakit-perit. "you punya lubang dah dalam sangat, better cabut". Terima kasih. Limpahan kasih ke atas keputusan mudah yang kau buat. Disela dengan anggukkan mudah juga dari aku. Malas. Aku nak keluar cepat. Dari bayangan bilik serupa bilik pembedahan mayat. Dan dari filem The Saw & The Final Destination yang beri imiginasi jahat.
"I bagi you temporary tampal. Next week you boleh datang untuk cabut. Anytime."
Untuk menanti minggu depan. Aku tak pasti aku sedang berharap untuk terus hidup atau
mati itu satu lagi pilihan.
by 27kali

No comments:
Post a Comment