Kalau dikenang tahun tahun dulu sebelum waktu ini. Semua ligat bersaing. Pakat pakat keputusan bertanding.
Lumrah. Bila bersorak kuliah batal. Ponteng bila mahu. Hadir hanya bila perlu. Tak sah kalau yang lebih dari segelintir keputusannya hasil tiru.
Kalau dikenang tahun tahun dulu sebelum waktu ini. Kisah cinta bak belangkas. Cinta segitiga, empat, lima segi semua ada.
Lumrah, sambil belajar sambil bercuci mata. Sambil ke library sambil menelaah subjek cinta.
Katanya semangat. Pemberi motivasi pertama untuk lebih berjaya. (Katanya)
Kalau dikenang tahun tahun dulu sebelum waktu ini. Tak akan sama dgn waktu hari ini. Bersaingnya lain. Nakalnya lain. Dengkinya lain. Motivasi cintanya lain. Pengaruhnya banyak yang lain.
Kepada kedua akhir,
Dunia itu letaknya di tangan cuma. Bila perlu genggam, bila tak perlu lepaskan. Jadi tak perlu khuatir. Lakukan selagi mampu kita untuk Dia, bukan untuk sesiapa.
Setiap setiap Tuhan tetapkan itu bersebab. Tiada yang sia sia. Tiada langsung menganiaya. Seronok harini esok murung. Cerah pagi ni petang mendung. Lumrah. Ada nikmat Tuhan beri. Ada nikmat Tuhan uji.
Kalau dikenang tahun tahun dulu sebelum waktu ini. Tak akan sama dgn waktu hari ini.
Mungkin lebih baik. Mungkin lebih lain.
Ingat.
Niat betul. Amal jaga. Tawakal mesti ada.
Tahniah untuk kedua akhir! 😆👍
like !
ReplyDelete