Burung biru,
kesekian penggal yang berlalu
mencengkam keberadaan yang dekat itu
buat keinginan aku berkhayal
lalu kewarasan menghilang
dari penat petang
dari beban siang.
Tentang rasa ini sesuatu yang aneh bukan?
hanya dengan melihat kau sekali
bahagianya aku terbit berkali-kali.
Tentang rasa ini sesuatu yang ajaib bukan?
Tentang rasa ini sesuatu yang ajaib bukan?
Kerana aku tak berharap punya sayap
untuk menuruti kau terbang
Hanya mendoa,
kau pulang.
Mood : memanfaatkan masa cuti sakit dengan mengada. >_<

No comments:
Post a Comment