Belum sempat diri
merapuh
Bersama kewarasan
yang hilang
Kau datang.
Kau datang.
Meski pun kau jauh
melangit
Dan waktu tiada merancang
Kau datang.
Kau datang.
Ketika resah
menggunung teguh
Dan kekecewaan merantai hati
Kau datang.
Dan kekecewaan merantai hati
Kau datang.
Terima kasih angin,
Kerana bersungguh menolak awan.
Terima kasih awan,
Kerana sudi melerai hujan.
Terima kasih hujan,
Terima kasih kerana disisi meneman.
Kerana bersungguh menolak awan.
Terima kasih awan,
Kerana sudi melerai hujan.
Terima kasih hujan,
Terima kasih kerana disisi meneman.
*God always sends rainbow after the rain. Semoga esok lebih baik. (:

No comments:
Post a Comment